Menu

Siaran Langsung Aksi Live Streaming JDT Vs Kedah 2024

Artikel Kemaskini Aktif Mengenai Siaran Langsung Dan Live Streaming JDT Vs Kedah 2024 Aksi Saingan Liga Super Serta Keputusan Tamat Masa Penuh Perlawanan.

Liga Super Malaysia 2024 menjanjikan saingan yang lebih sengit serta aksi penuh dramatik. Antara perlawanan paling dinantikan oleh peminat bola sepak tempatan mahupun penyokong kedua-dua pasukan adalah pertembungan membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC. Dua pasukan ini bukan sahaja memiliki sejarah yang tersendiri dalam arena bola sepak Malaysia, tetapi juga mempunyai penyokong yang setia.

Rekod Perlawanan JDT Dan Kedah

Sebelum perlawanan ini berlangsung, rekod terkini pasukan juga sangat penting. JDT kini berada dalam prestasi cemerlang dengan rekod tanpa sebarang kekalahan manakala Kedah Darul Aman FC telah menunjukkan peningkatan dalam beberapa perlawanan baru-baru ini meskipun mempunyai beberapa kekalahan awal dalam saingan liga.

Statistik menunjukkan bahawa JDT mempunyai kelebihan dalam pertembungan terakhir mereka, tetapi kemampuan Kedah tidak boleh dipandang rendah, terutama dengan beberapa strategi baru yang mungkin diterapkan oleh jurulatih mereka.

Sejarah pertemuan antara JDT dan Kedah tidak pernah sunyi daripada pelbagai aksi menarik. Kedua-dua pasukan telah kerap kali bertemu dengan JDT sering kali menunjukkan dominasi dalam setiap perlawanan. Namun, Kedah bukanlah pasukan yang boleh dipandang rendah, mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu mencipta kejutan terutamanya dalam perlawanan di hadapan penyokong sendiri.

Kedudukan JDT Dan Kedah Carta Liga Super 2024

Setelah menempuh tujuh perlawanan dalam saingan Liga Super 2024, JDT kini menghuni tangga teratas carta dengan 19 mata. Meskipun hampir selesa dengan kedudukan sekarang, tekanan untuk terus mengekalkan kedudukan tersebut sentiasa ada, terutama daripada pasukan pencabar terdekat iaitu Selangor FC.

Sementara itu, Kedah Darul Aman FC menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Mereka kini berada di kedudukan kelapan liga dengan mengumpul 7 mata.

Aksi JDT Dan Kedah Pasti Sengit

Perlawanan antara JDT dan Kedah dijangka akan menjadi saingan yang cukup sengit dan menarik untuk disaksikan oleh penyokong setia kedua-dua pasukan. JDT dan Kedah merupakan pasukan mempunyai kekuatan tersendiri dan akan berusaha mencipta kemenangan untuk menambah tiga mata berharga dalam carta liga super.

Peminat bola sepak pastinya menantikan perlawanan antara kedua-dua pasukan ini dan pasti akan menjadi suatu perlawanan yang tidak boleh dilepaskan. Saksikan aksi JDT dan Kedah dalam saingan Liga Super 2024 bagi perlawanan ke-8 dan pasukan manakah yang akan meraih kemenangan dalam perlawanan ini.

Live Streaming JDT Vs Kedah Liga Super 2024

Aksi perlawanan di antara Johor Darul Ta’zim menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada hari Jumaat, 9 Ogos 2024 jam 8:15 malam akan disiarkan secara siaran langsung di saluran Sukan Astro Arena Bola (803) dan AstroGo seawal jam 7:15 malam bermula dengan siaran minit pra rancangan perlawanan.

Selain itu, penyokong Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman FC boleh juga menonton di mana-mana sahaja perlawanan ini secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi Sooka (Astro).

Perincian Siaran Langsung JDT Vs Kedah

  • Perlawanan: JDT Vs Kedah Darul Aman FC Liga Super 2024.
  • Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
  • Sepak Mula: 8:15 Malam.
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (803) dan AstroGo.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka.

Keputusan JDT Vs Kedah 9 Ogos 2024 Liga Super

Dalam pada itu, kami turut menyaksikan sambil mengemaskini keputusan JDT menentang Kedah bagi saingan Liga Super 2024 perlawanan ke-8 secara langsung ataupun live score hingga tamat aksi minit masa penuh perlawanan.

Keputusan Live Johor Darul Ta’zim Vs Kedah Darul Aman FC Liga Super 2024
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
 JDT jdt fc60kedah fc Kedah FC
Penjaring GolPenjaring Gol
9′,36′(P),65′ Bergson
75′ Feroz
77′ Murilo
81′ Afiq Fazail
Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).