Menu

Ikuti Aksi Malaysia Vs Filipina: Siaran Langsung 4/9/2024

Artikel Kategori Bola Sepak Aktif Mengenai Aksi Siaran Langsung Dan Live Streaming Malaysia Vs Filipina Pesta Bola Merdeka 2024 Serta Keputusan Perlawanan.

Pesta Bola Merdeka 2024 merupakan salah satu kejohanan yang paling dinanti-nantikan oleh penyokong bola sepak di Malaysia dengan membabitkan tiga pasukan jemputan iaitu Lubnan, Filipina (Philippines) dan Tajikistan. Perlawanan pertama Malaysia dalam Pestabola Merdeka adalah menentang Filipina. Semua mata kini tertumpu kepada perlawanan ini yang pasti akan menjanjikan aksi penuh mendebarkan untuk merealisasikan misi kemenangan.

Malaysia Vs Filipina Pesta Bola Merdeka 2024: Sejarah Pertemuan

Sejak tahun-tahun lalu, Malaysia dan Filipina telah saling bertemu dalam beberapa perlawanan. Pertemuan antara kedua pasukan sering kali berakhir dengan aksi dramatik. Sekilas pandang pada sejarah pertemuan, Malaysia memiliki kelebihan dengan beberapa kemenangan. Namun, Filipina juga bukan pasukan yang boleh dipandang rendah, terutama dengan peningkatan prestasi mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Perlawanan ini bukan sahaja tentang menang atau kalah, tetapi juga tentang menunjukkan tahap perkembangan prestasi bola sepak masing-masing.

Prestasi Semasa Malaysia Dan Filipina

Melihat kepada prestasi terkini, pasukan Malaysia (skuad Harimau Malaya) telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Dengan kombinasi pemain, skuad Harimau Malaya kini sedang membina pasukan yang seimbang. Latihan intensif pada bulan-bulan sebelumnya telah menghasilkan beberapa kombinasi pemain yang efektif dalam merobek pertahanan lawan.

Bagi pasukan Filipina pula, mereka juga tidak kurang hebatnya. Pasukan mereka telah melabur dalam program pembangunan bola sepak yang lebih sistematik. Pemain-pemain naturalisasi telah membantu meningkatkan kualiti permainan pasukan. Dengan semangat juang yang tinggi dan keazaman untuk mencipta sejarah, Filipina pasti berusaha untuk merangkul kemenangan ke atas pasukan Malaysia.

Strategi Permainan Malaysia Dan Filipina

Perlawanan ini dijangka akan berlangsung dengan gaya permainan yang menarik. Malaysia cenderung untuk memanfaatkan kelebihan di hadapan penyokong sendiri dengan permainan menyerang. Gaya permainan serangan yang cepat dan gerakan bola yang berterusan kemungkinan akan menjadi senjata utama bagi mereka. Penyerang utama Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam mencipta peluang dan menjaringkan gol.

Di sebelah Filipina, mereka mungkin akan mengambil pendekatan yang lebih defensif, dengan harapan untuk memanfaatkan serangan balas. Kekuatan fizikal dan kecepatan sayap mereka boleh menjadi ancaman kepada pertahanan Malaysia. Pemain penyerang mereka berupaya memaksimumkan peluang yang ada dan memberikan tekanan kepada barisan pertahanan pasukan Malaysia.

Kehadiran Penyokong Harimau Malaya

Salah satu aspek yang menjadikan Pesta Bola Merdeka begitu istimewa adalah sokongan padu daripada penyokong. Kehadiran ribuan penyokong di stadium akan meningkatan motivasi pemain. Penyokong Malaysia pastinya akan memenuhi stadium dengan sorakan semangat bagi memberikan dorongan kepada pasukan Harimau Malaya.

Live Streaming Malaysia Vs Filipina Pesta Bola Merdeka 2024

Aksi membabitkan Malaysia menentang Filipina bagi kejohanan Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Rabu, 4 September 2024 jam 9:00 malam turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Sukan RTM dan Sukan Astro Arena Bola (803) serta AstroGo seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran rancangan pratonton perlawanan.

Dalam pada itu, penyokong skuad Harimau Malaya boleh juga menyaksikan aksi perlawanan ini secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi Sooka (Astro).

Perincian Siaran Langsung Malaysia Vs Filipina Pestabola Merdeka 2024

  • Perlawanan Kejohanan Pesta Bola Merdeka 2024 : Malaysia Vs Filipina
  • Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Sepak Mula: 9:00 Malam.
  • Siaran Langsung: Sukan RTM, Astro Arena Bola (803) dan AstroGo.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sukan RTM dan Sooka Astro.

Keputusan Malaysia Vs Filipina 2024 Pesta Bola Merdeka

Perlawanan Malaysia vs Filipina di Pesta Bola Merdeka 2024 pasti akan menjadi pertarungan yang sengit dan menarik dalam usaha melakar kemenangan yang turut menyumbang mata kepada pasukan masing-masing dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dengan kedua-dua pasukan mempunyai kemahuan dan motivasi yang tinggi untuk pasukan Malaysia meraih kemenangan, penyokong skuad Harimau Malaya sudah tentu dijanjikan perlawanan yang penuh dengan aksi menarik.

Selain itu, kami turut mengemaskini keputusan Malaysia menentang Filipina bagi kejohanan Pestabola Merdeka 2024 secara langsung hingga tamat aksi minit masa penuh perlawanan.

Keputusan Live Malaysia Vs Philippines Pesta Bola Merdeka 2024
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Malaysia logo bola sepak malaysia21logo bola sepak philippines Filipina
Penjaring GolPenjaring Gol
43′ Syamer
73′(P) Safawi Rasid
J.Tabinas 27′
Stadium Nasional Bukit Jalil

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).