Menu

Bola Sepak SUKMA 2024 Jadual & Keputusan Kedudukan Carta

Artikel Kemaskini Aktif Mengenai Jadual Dan Kedudukan Carta Keputusan Bola Sepak SUKMA 2024 Serta Negeri Pemenang Pingat Emas, Perak, Gangsa Acara Bola Sepak.

Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan satu platform penting untuk memperkukuhkan semangat kesukanan dalam kalangan remaja di negara ini. Pada tahun 2024, SUKMA meneruskan tirai persaingan bagi edisi ke-21 yang menyaksikan negeri Sarawak selaku tuan rumah dengan pelbagai acara sukan dipertandingkan, namun salah satu acara yang paling dinanti-nantikan ialah bola sepak lelaki. Acara ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengasah bakat muda, tetapi juga menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan yang ingin menyaksikan kelincahan dan kemahiran pemain-pemain muda dalam mengejar impian mereka.

Para jurulatih dan pengurus pasukan bertanggungjawab dalam pemilihan pemain dan strategi permainan. Mereka telah mengadakan sesi latihan secara intensif bagi memastikan pasukan mereka tidak hanya bersedia dari segi fizikal tetapi juga mental untuk menghadapi tekanan pertandingan.

Setiap kontinjen negeri telah menghantar pasukan yang terdiri daripada pemain berusia 21 tahun ke bawah sekali gus memberikan peluang kepada bakat-bakat muda untuk bersinar.

Format dan Pelaksanaan Acara Bola Sepak SUKMA 2024

Acara bola sepak lelaki dijadual berlangsung bermula pada 12 Ogos hingga 24 Ogos 2024 dengan melibatkan 13 pasukan kontinjen negeri yang dibahagikan kepada empat kumpulan. Format pertandingan diadakan dalam bentuk peringkat kumpulan diikuti dengan peringkat kalah mati. Setiap pasukan akan berusaha untuk mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan dengan harapan untuk layak ke peringkat seterusnya

Ringkasan Format Bola Sepak Lelaki SUKMA 2024

  • Terdapat empat kumpulan yang dimainkan secara round robin tunggal (satu perlawanan dengan setiap pasukan lawan).
  • Pasukan Juara dan Naib Juara setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati (suku akhir).
  • Hanya lapan pasukan sahaja yang layak ke peringkat kalah mati.
  • Empat pasukan (pemenang) daripada suku akhir layak ke separuh akhir dan pemenang akan mara ke perlawanan akhir (final).

Peluang Pemain Tonjolkan Bakat

Bola sepak bukan sahaja tentang kemenangan tetapi juga tentang pemain-pemain yang bersinar. SUKMA 2024 memberi peluang kepada pemain muda untuk menunjukkan kebolehan mereka kepada pengurus-pengurus kelab, pencari bakat dan peminat sukan. Ini adalah peluang terbaik bagi mereka untuk menarik perhatian dan mungkin mendapatkan kontrak profesional selepas kejohanan. Ramai pemain muda yang pernah bersinar di SUKMA kemudiannya menjadi pemain utama dalam pasukan liga profesional Malaysia.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Bola Sepak SUKMA 2024

Perlawanan bola sepak lelaki turut boleh ditonton secara siaran langsung dan live streaming dalam talian (online) menerusi saluran youtube rasmi Stadium SUKMA TVS1 di pautan https://www.youtube.com/@StadiumSUKMATVS1

Jadual & Keputusan, Kedudukan Carta Bola Sepak Lelaki SUKMA 2024

Peminat sukan bola sepak boleh mendapatkan semua maklumat pertandingan berdasarkan keputusan rasmi serta kedudukan carta dan jadual terkini acara bola sepak lelaki SUKMA 2024, dikemaskini pada tarikh atau hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung.

Info Kumpulan A

Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan A
Tarikh  MasaPasukanKeputusan
(vs)
Pasukan
12 Ogos – Isnin
4:00PMSelangor20N.Sembilan
14 Ogos – Rabu
4:00PMN.Sembilan21Kelantan
16 Ogos – Jumaat
4:00PMKelantan20Selangor
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan A
NoGAPasukanBPMSKJGGBPGMT
1bendera kelantanKelantan210132+13
2bendera selangorSelangor210122+03
3bendera negeri sembilanNegeri Sembilan210123-13

Info Kumpulan B

Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan B
Tarikh  MasaPasukanKeputusan
(vs)
Pasukan
12 Ogos – Isnin
4:00PMTerengganu01Johor
14 Ogos – Rabu
4:15PMJohor12Sabah
16 Ogos – Jumaat
4:00PMSabah02Terengganu
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan B
NoGBPasukanBPMSKJGGBPGMT
1bendera terengganuTerengganu210121+13
2bendera johorJohor210122+03
3bendera sabahSabah210123-13

Info Kumpulan C

Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan C
Tarikh  MasaPasukanKeputusan
(vs)
Pasukan
12 Ogos – Isnin
4:00PMP.Pinang00Melaka
14 Ogos – Rabu
4:00PMMelaka11Kedah
16 Ogos – Jumaat
4:00PMKedah01P.Pinang
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan C
NoGCPasukanBPMSKJGGBPGMT
1bendera penangPulau Pinang211010+14
2bendera melakaMelaka202011+02
3bendera kedahKedah201112-11

Info Kumpulan D

Jadual Dan Keputusan Terkini Kumpulan D
Tarikh  MasaPasukanKeputusan
(vs)
Pasukan
12 Ogos – Isnin
4:00PMW.Persekutuan10Pahang
4:00PMPerak10Sarawak
14 Ogos – Rabu
4:00PMW.Persekutuan11Sarawak
4:00PMPahang01Perak
16 Ogos – Jumaat
4:00PMPerak00W.Persekutuan
4:00PMSarawak32Pahang
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan D
NoGDPasukanBPMSKJGGBPGMT
1bendera perakPerak321020+27
2bendera wilayah persekutuanW.Persekutuan312021+15
3bendera sarawakSarawak311144+04
4bendera pahangPahang300325-30
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan
Perlawanan
MenangSeriKalahJaringan
Gol
Gol
Bolos
Perbezaan
Gol
Mata
Layak Ke Suku AkhirTersingkir

Carta Peringkat Kalah Mati

Jadual Perlawanan Dan Keputusan Peringkat Kalah Mati Bola Sepak Lelaki SUKMA 2024
Suku AkhirSeparuh AkhirFinal
19 Ogos – 3:30PM
bendera kelantan KEL3
22 Ogos – 3:30PM
bendera johor JHR1
bendera kelantan KEL0(2)
20 Ogos – 3:30PM
bendera wilayah persekutuan WPE0(4)
bendera penang PEN0
ikon bolasepak sukma sarawak24 Ogos – 3:00PM
bendera wilayah persekutuan WPE2
bendera wilayah persekutuan WPE2
19 Ogos – 3:30PM
bendera melaka MLK1
bendera terengganu TRG3
22 Ogos – 3:30PM
bendera selangor SGR1
bendera terengganu TRG1(3)
20 Ogos – 3:30PM
bendera melaka MLK1(4)
bendera perak PRK1
bendera melaka MLK2
Dalam kurungan (-) keputusan penalti
Perlawanan Penentuan Pingat Gangsa (23 Ogos)
Pasukan3:30PMPasukan
Kelantan bendera kelantan1(8)1(7)bendera terengganu Terengganu
Keputusan Pemenang Pingat Bola Sepak Lelaki SUKMA 2024
PingatNegeri
pingat emas Emasbendera wilayah persekutuan W. Persekutuan
pingat perak Perakbendera melaka Melaka
pingat gangsa Gangsabendera kelantan Kelantan

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).