Menu

Harga Belajar Ambil Lesen Memandu Kereta Motosikal 2024

Artikel Kemaskini Aktif Mengenai Harga Keseluruhan Permohonan Belajar Ambil Kelas Lesen Memandu Kereta Motosikal 2024 Di Sekolah Memandu Seluruh Negeri.

Memiliki lesen memandu merupakan satu keperluan penting bagi setiap individu mencapai umur kelayakan yang ingin memandu kenderaan di jalan raya Malaysia. Bagi memperoleh lesen memandu yang sah, seseorang itu perlu menghadiri kursus pembelajaran di Institut Memandu atau Sekolah Memandu dan menjalani ujian mengikut ketetapan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Harga Keseluruhan Yuran Pembelajaran Lesen Memandu Kereta

Yuran pembelajaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta biasanya bergantung kepada Sekolah Memandu yang menyediakan perkhidmatan kursus tersebut. Secara keseluruhannya yuran pembelajaran bagi mendapatkan lesen memandu kereta mengikut kelas D (Manual) atau DA (Automatik) boleh mencecah sehingga RM1250 hingga RM1550.

Harga Keseluruhan Yuran Pembelajaran Lesen Motosikal

Bagi mendapatkan lesen memandu motosikal pula, yuran pembelajaran juga bergantung kepada Institut Memandu yang menyediakan kursus. Yuran pembelajaran boleh mencecah antara RM300 hingga RM500 bagi kelas B2 manakala bagi B(full) adalah dalam lingkungan RM900 hingga RM1,150

Harga Bergantung Kepada Pakej Sekolah Memandu

Yuran pembelajaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal di Malaysia adalah bergantung kepada Institut Memandu atau Sekolah Memandu yang menawarkan pakej perkhidmatan yang berbeza. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan lesen memandu perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu mengenai tempat dan harga yang sesuai untuk mereka. Bagi memenuhi keinginan mendapatkan lesen memandu, seseorang perlu bersedia dari segi kewangan yang mencukupi untuk memperoleh lesen tersebut.

Harga Kawalan Belajar Ambil Lesen Memandu

Sebagai makluman, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sebenarnya telah menetapkan harga siling atau harga kawalan bagi permohonan pembelajaran bagi mendapatkan lesen memandu mengikut kelas-kelas kenderaan yang ditetapkan.

Namun, terdapat juga Institut Memandu atau Sekolah Memandu yang dilihat telah mengenakan caj melebihi daripada harga siling yang ditetapkan. Faktor ini mungkin disebabkan oleh caj penambahan seperti kemudahan dan perkhidmatan atau pakej lain yang ditawarkan oleh setiap Institut Memandu.

Apakah Harga Siling?

Harga siling merupakan kawalan harga ditetapkan yang membawa maksud iaitu Institut Memandu (IM) atau Sekolah Memandu (SM) tidak boleh mengenakan kadar yang lebih.

Sekiranya Institut Memandu atau Sekolah Memandu mengenakan caj melebihi daripada harga siling yang ditetapkan, pihak mereka perlu menyatakan secara terperinci setiap butiran caj dikenakan kepada calon bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan rasa ketidakpuasan hati calon-calon.

Kelayakan Umur Permohonan Lesen Kereta Dan Motosikal

Kelayakan umur permohonan bagi mendapatkan Lesen Motosikal (B2) dan Lesen Motosikal Berkuasa 500cc Superbike (B Full) adalah 16 tahun ke atas manakala kelayakan untuk permohonan Lesen Memandu Kereta sama ada Transmisi Automatik (DA) ataupun Transmisi Manual (D) adalah 17 tahun ke atas.

Carta Senarai Harga Keseluruhan Belajar Lesen Memandu 2024

Berikut kami sertakan ringkasan maklumat penting mengenai perbezaan harga siling serta anggaran harga munasabah bayaran yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu atau Sekolah Memandu sebagai rujukan calon-calon.

Calon-calon disarankan membuat tinjauan dan perbandingan harga di setiap Institut Memandu atau Sekolah Memandu yang berdekatan sebelum membuat keputusan untuk mendaftar kerana terdapat Institut Memandu atau Sekolah Memandu menawarkan harga lebih murah serta mengikut harga siling yang ditetapkan oleh JPJ.

Kelas Lesen Motosikal Dan Kereta
LesenKelasInfo
MotosikalB2Tidak Melebihi 250cc
B (Full)Melebihi 500cc
KeretaDTransmisi Manual
DATransmisi Automatik
Harga Siling Dan Harga Anggaran Munasabah
LesenKelasHarga Siling
(Harga Kawalan)
Anggaran Harga Munasabah
(+ Caj Lain)
MotosikalB2RM350RM450
B (Full)RM900RM1,150
KeretaD (Manual)RM1,150RM1,350
DA (Automatik)RM1,250RM1,550

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).