Menu

Harga Gas Memasak Dan Harga Tong Gas Kosong Terkini 2024

Artikel Kategori Informasi Aktif Mengenai Harga Sebenar Gas Memasak (LPG) Dan Harga Tong Gas Kosong Baru Terkini 2024. Info Hak Pengguna & Keselamatan Guna Gas.

Isu harga gas memasak atau Gas Petroleum Cecair (LPG) di Malaysia sering menjadi perhatian ramai terutamanya di kalangan golongan berpendapatan rendah. Meskipun produk ini merupakan barangan harga terkawal dimana kerajaan telah membuat penetapan harga maksimum runcit bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, namun terdapat segelintir peruncit gas memasak terutamanya di kawasan luar bandar mengambil kesempatan dengan menjual harga lebih mahal dari harga kawalan. Perkara ini sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada golongan tersebut yang bergantung kepada gas sebagai sumber tenaga utama untuk memasak.

Harga Runcit Sebenar Gas Memasak

Tahukah anda, harga sebenar harga runcit maksimum sebenar gas memasak atau LPG sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) adalah seperti berikut.

  • Gas Memasak 10KG: RM19.00
  • Gas Memasak 12KG: RM22.80
  • Gas Memasak 14KG: RM26.60

Harga yang dinyatakan seperti di atas tidak termasuk dengan kos pengendalian dan caj perkhidmatan. Walaubagaimanapun, sekiranya peruncit mengenakan harga caj perkhidmatan yang tidak munasabah boleh disiasat di bawah AKHAP 2011.

harga sebenar gas memasak

Hak Sebagai Pengguna Atau Pembeli

Gas Petroleum Cecair (LPG) adalah bahan bakar yang penting dalam kehidupan seharian, terutamanya semasa memasak di dapur. Sebagai pengguna gas di Malaysia, anda mempunyai hak yang perlu dihormati dan dilindungi oleh undang-undang. Jom ambil tahu beberapa hak pengguna semasa membeli gas memasak.

Hak Untuk Memperoleh Gas Yang Berkualiti

Sebagai pengguna, anda berhak untuk menerima gas yang berkualiti dan selamat untuk digunakan. Anda juga berhak untuk mendapatkan gas dalam kuantiti yang mencukupi untuk kegunaan harian anda.

Hak Untuk Mendapatkan Harga Yang Berpatutan

Anda berhak mendapatkan harga gas yang berpatutan dan tidak terlalu tinggi. Peruncit gas memasak perlu menyatakan harga dengan jelas sekiranya terdapat harga caj perkhidmatan, kadar tersebut hendaklah dipersetujui oleh secara bersama. Sekiranya anda mendapati harga runcit (tidak termasuk caj penghantaran) tidak mengikut harga sepertimana diwartakan, anda boleh membuat aduan melalui saluran rasmi kementerian berkaitan.

Hak Untuk Memperoleh Perkhidmatan Yang Baik

Sebagai pengguna, anda berhak untuk menerima perkhidmatan yang baik daripada peruncit. Mereka perlu memberikan perkhidmatan penghantaran gas yang tepat pada masa dan memberikan sokongan teknikal jika diperlukan.

Hak Untuk Memperoleh Maklumat Yang Jelas

Sebagai pengguna, anda berhak untuk memperoleh maklumat yang jelas tentang penggunaan gas dan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan gas. Pembekal gas LPG perlu memberikan maklumat yang jelas dan mudah difahami kepada pengguna.

Hak Untuk Melindungi Diri Sendiri Dan Keluarga

Sebagai pengguna gas, anda berhak untuk menyedari keselamatan diri dan keluarga semasa menggunakan gas. Pastikan dapur anda dilengkapi dengan alat-alat keselamatan seperti alat pemadam api. Pastikan anda sentiasa mematuhi peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh pembekal gas dan meningkatkan kesedaran akan keselamatan semasa menggunakan gas.

Tips Menggunakan Gas Memasak LPG Dengan Selamat

Bagi memastikan penggunaan LPG yang selamat dan berkesan, berikut adalah beberapa tips yang perlu diambil kira. Dengan mengikuti tips-tips berikut, anda boleh memastikan penggunaan gas memasak LPG di rumah anda adalah selamat dan berkesan.

  1. Periksa selalu paip dan pemadam kebakaran sebelum menggunakan gas memasak. Pastikan paip tidak pecah atau bocor.
  2. Pastikan regulator dan hos penghantaran gas adalah sesuai dan berkualiti. Tukar jika perlu.
  3. Pastikan kepala pancutan gas berada dalam keadaan baik dan kering sebelum menggunakan.
  4. Jangan biarkan gas memasak terbuka lebih lama dari yang diperlukan. Tutup semula selepas digunakan.
  5. Pastikan dapur dalam keadaan bersih. Kotoran boleh menyumbat salur gas dan menyebabkan kebocoran.
  6. Jauhkan gas memasak dari api terbuka atau sebarang sumber haba yang tinggi.
  7. Gunakan peralatan masak yang sesuai dengan saiz dapur dan api yang dihasilkan oleh gas memasak.
  8. Pastikan tiada perkakas elektrik berhampiran dengan dapur gas memasak untuk mengelakkan kemungkinan kebakaran.
  9. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar gas memasak jika terdapat sebarang masalah atau kebocoran.

Harga Sebenar Gas Memasak LPG Terkini Dan Harga Tong Gas Kosong

Berikut kami sertakan kembali harga sebenar (harga kawalan) gas memasak sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta harga munasabah untuk pembelian tong gas kosong baru.

Senarai Harga Kawalan Maksimum Gas Memasak LPG
HargaBerat
RM19.0010 Kilogram
RM22.8012 Kilogram
RM26.6014 Kilogram
Senarai Harga Tong Gas Kosong Baru
Anggaran Harga MunasabahSaiz / Berat Tong Gas
RM50 – RM65.0010 Kilogram
RM75 – RM12012 Kilogram
RM100 – RM14014 Kilogram

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).