Harga Minyak RON95 RON97 & Diesel 2025 Naik, Turun?

Harga Minyak RON95 RON97 & Diesel 2025 Naik, Turun? Di Stesen Minyak Seluruh Negeri Semenanjung, Sabah Dan Sarawak. Harga Petrol, Diesel Dikemaskini & Terkini.

Harga minyak merupakan salah satu faktor penting mempengaruhi ekonomi negara. Di Malaysia, terdapat tiga jenis minyak utama yang biasa digunakan iaitu Petrol RON97, RON95 dan Diesel. Harga minyak ini selalu berubah-ubah mengikut faktor-faktor tertentu seperti kadar pertukaran mata wang, harga minyak mentah di pasaran antarabangsa serta dasar harga minyak ditetapkan oleh kerajaan.

Faktor Naik Turun Harga Minyak RON95, RON97 Dan Diesel

Harga minyak di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kadar pertukaran mata wang, demand dan supply minyak mentah di pasaran antarabangsa serta dasar harga minyak ditetapkan oleh kerajaan. Kerajaan Malaysia biasanya menetapkan harga minyak secara tetap untuk tempoh masa tertentu melalui mekanisme subsidi minyak hanya untuk RON95. Ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak RON95 yang mendadak.

Walau bagaimanapun, kadar harga minyak di Malaysia boleh berubah setiap minggu atau bulan mengikut situasi semasa di pasaran antarabangsa. Oleh itu, pengguna perlu sentiasa mengikuti perkembangan harga minyak bagi merancang belanjawan mereka. Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai harga minyak menerusi Kementerian Kewangan Malaysia.

Kesan Kenaikan Harga Minyak

Kenaikan harga minyak telah menjadi isu sering dibincangkan di Malaysia terutama apabila ia memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat. Di Malaysia, harga minyak disalurkan oleh kerajaan melalui subsidi untuk mengekalkan harga rendah bagi rakyat. Walau bagaimanapun, kenaikan harga minyak juga tidak dapat dielakkan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti turunnya nilai ringgit Malaysia, kenaikan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa dan lain-lain.

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan harga minyak Diesel telah diapungkan seiring dengan pelaksanaan subsidi bersasar. Perkara ini turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutama golongan yang menggunakan kenderaan enjin diesel.

Selain itu, kenaikan harga minyak juga akan memberi kesan kepada kos pengangkutan barangan. Harga barang-barang keperluan akan meningkat disebabkan oleh kenaikan kos pengangkutan yang perlu diimbangi oleh penjual. Ini pula akan memberi kesan kepada inflasi di negara kita. Rakyat terpaksa membayar lebih mahal untuk mendapatkan barang-barang keperluan harian.

Bagi golongan yang bergantung kepada kenderaan enjin diesel untuk menjalankan perniagaan mereka, kenaikan harga minyak juga akan memberi impak kepada pendapatan mereka. Kos perniagaan yang meningkat akan menjejaskan keuntungan diperoleh oleh perniagaan mereka.

Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia juga telah menyediakan bantuan subsidi bersasar kepada golongan yang terkesan dengan kenaikan harga minyak Diesel.

Kebaikan Pelaksanaan Subsidi Bersasar

Salah satu kebaikan pelaksanaan subsidi bersasar bagi harga minyak RON95 dan diesel adalah menyelamatkan kos hidup rakyat Malaysia. Ini membantu rakyat mengurangkan belanja harian mereka, terutamanya dalam pengangkutan dan penggunaan kenderaan bermotor.

Salah satu kebaikan utama pelaksanaan program subsidi bersasar adalah dapat menggelakkan penyalahgunaan subsidi oleh pihak yang tidak berkelayakan. Namun, kerajaan perlu ada strategi dan formula yang bijak dalam pengurusan subsidi bersasar ini bagi memastikan ia memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat dan negara.

harga ron95 rm1.99

Harga Petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter sebaik sahaja penyasaran subsidi yang akan berkuatkuasa pada penghujung September 2025.

Kemaskini Terkini Harga Minyak Petrol RON97, RON95 Dan Diesel

Berikut kami sertakan maklumat penting berhubung dengan kemaskini harga minyak terkini bagi Petrol RON95, RON97 dan Diesel mengikut harga pasaran runcit seluruh stesen minyak di Malaysia sepertimana yang diumumkan secara mingguan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Sebagai makluman, perincian perubahan kadar naik turun harga rasmi Petrol RON95, RON97 dan Diesel bagi setiap minggu dalam setiap bulan terkini akan dikemaskini sekitar jam 6 petang atau lebih awal daripada jam yang dinyatakan mengikut harga sepertimana diumumkan.

Carta Harga Petrol RON95, RON97 Dan Minyak Diesel September 2025

Harga mingguan terkini bagi setiap liter Petrol RON95, RON97 dan minyak Diesel seperti paparan carta di bawah, berkuat kuasa (efektif) bermula dari jam 12:01 awal pagi, Khamis 11 September 2025 hingga tarikh 17 September 2025, jam 11:59 malam.

  • RON95: RM2.05 (Subsidi)
  • RON97: RM3.18 (+0.02¢)
  • Diesel Semenanjung: RM2.90(+0.02¢)
  • Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: RM2.15 (Subsidi)
Kadar Harga Mingguan 11 – 17 September 2025 (RM / Per-Liter)
RON95RON97DIESEL
Semenanjung
DIESEL
Sarawak & Sabah
RM2.05RM3.18RM2.90RM2.15
0.00¢+0.02¢+0.02¢0.00¢

Share Artikel