Menu

Cara Pembelian & Info Harga Tiket Final Piala FA 2024

Artikel Kemaskini Aktif Mengenai Cara Pembelian Dan Info Harga Tiket Final Piala FA 2024 JDT Vs Selangor FC Pada 24 Ogos Di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemeriahan arena bola sepak Malaysia akan kembali bergema apabila dua gergasi bola sepak iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC akan bertemu di pentas final Piala FA 2024. Ini adalah salah satu pertembungan paling dinanti dalam kalendar sukan bola sepak tanah air memandangkan kedua-dua pasukan membawa sejarah, prestij dan misi masing-masing. Namun, selain daripada kecemerlangan di atas padang, satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan mendapat perhatian adalah mengenai harga tiket untuk menyaksikan perlawanan epik ini.

Harga Tiket Final Piala FA 2024 JDT vs Selangor FC

Final Piala FA 2024 antara JDT dan Selangor FC bukan hanya satu perlawanan bola sepak, tetapi merupakan satu persembahan bagi penyokong kedua-dua pasukan. Dengan pelbagai pilihan harga tiket yang ditawarkan, setiap penyokong berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah milik kedua-dua pasukan.

Malaysian Football League (MFL) memaklumkan bahawa urusan penjualan tiket dan maklumat pembelian tiket telah diserahkan sepenuhnya kepada pengurusan pasukan JDT dan Selangor FC bagi memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata.

Penyokong kedua-dua pasukan boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai proses penjualan tiket final Piala FA 2024 menerusi pengurusan pasukan masing-masing.

Harga Tiket dan Aksesibiliti

Bagi penyokong JDT dan Selangor FC yang mahu menyaksikan perlawanan final Piala FA 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Ogos ini, Malaysian Football League telah mengumumkan harga tiket. Terdapat empat kategori tiket yang ditawarkan dengan harga berbeza bagi memastikan semua penyokong dapat merasai suasana perlawanan dengan lebih dekat. Berikut adalah kategori tiket yang diumumkan:

  1. General Admission (GA50): RM50
  2. General Admission (GA70): RM70
  3. Piala FA Premium: RM150
  4. Piala FA VIP Grandstand: RM200

harga tiket final piala fa 2024 jdt vs selangor

Dengan harga yang ditawarkan berdasarkan kategori, semua penyokong dapat menyaksikan perlawanan final ini mengikut kemampuan masing-masing. Tiket Piala FA VIP Grandstand menawarkan pengalaman lebih eksklusif dengan akses kepada kemudahan premium manakala tiket kategori lain turut memberikan peluang kepada penyokong untuk merasakan bahang dan kemeriahan di Stadium.

Kami akan mengemaskini kembali artikel dengan lengkap ini setelah mendapat maklumat mengenai penjualan tiket yang akan diumumkan oleh pengurusan pasukan JDT dan Selangor FC. Sila rujuk kepada kemaskini di bawah.

Cara Membeli Tiket Final Piala FA 2024

Tiket untuk final Piala FA 2024 ini boleh dibeli secara dalam talian (online) melalui laman web rasmi ticket hotline. Penyokong dinasihatkan untuk membeli tiket secepat mungkin kerana permintaan dijangka sangat tinggi, terutama bagi penyokong tegar JDT dan Selangor FC. Selain itu, terdapat kemungkinan untuk jualan tiket habis sebelum hari perlawanan berikutan tingginya minat terhadap pertembungan ini.

Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT)

tiket jdt final piala fa 2024

  1. Pemegang Pas Bermusim boleh membeli tiket bermula 14 Ogos 2024 jam 2.00 petang hingga 17 Ogos 2024 jam 2 petang.
  2. Tiket Awam akan mula dijual pada 17 Ogos 2024 jam 2.00 petang.

Penyokong Selangor FC

tiket selangor fc final piala fa 2024

  • Pemegang Pas Bermusim boleh membeli tiket bermula 16 Ogos 2024 jam 10 pagi hingga 18 Ogos 2024 jam 10 pagi.
  • Tiket Awam akan mula dijual pada 18 Ogos 2024 jam 10 pagi.

Setiap penyokong hanya boleh membeli dua tiket untuk mereka yang mempunyai pas bermusim manakala empat tiket untuk tiket awam. Tiket-tiket perlawanan akan dijual secara dalam talian (online) di laman web tickethotline: https://ticket.tickethotline.com.my

Kelebihan Menyaksikan Perlawanan Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dibandingkan dengan menonton di televisyen. Suasana sorakan penyokong pastinya akan memberikan pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan. Selain itu, penyokong juga berpeluang untuk bertemu mesra dengan penyokong pencabar dari pelbagai latar belakang yang sama-sama berkongsi minat terhadap pasukan mereka.

Kesiapsiagaan Keselamatan

Malaysian Football League juga telah membuat persiapan rapi untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua penyokong. Dari segi pengangkutan, pelbagai pengangkutan awam akan ditambah waktu operasi untuk memudahkan penyokong yang ingin pulang dari stadium. Di samping itu, aspek keselamatan akan sentiasa diutamakan bagi memastikan perlawanan berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Kembali ke Puncak Persaingan

JDT yang telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pasukan terbaik di Asia Tenggara akan berusaha untuk menambah koleksi trofi mereka. Manakala Selangor FC yang mempunyai sejarah hebat pastinya akan berjuang habis-habisan untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).