Menu

Jadual Live Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2024 Siaran Langsung

Artikel Ini Memaparkan Kemaskini Aktif Mengenai Jadual Atlet Malaysia Di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 Dan Jadual Siaran Langsung Atau Live Streaming.

Seramai 26 Atlet Malaysia yang menggalas cabaran negara di Temasya Sukan Olimpik 2024 Paris, Perancis sudah bersiap sedia untuk beraksi bagi meraih pingat berprestij Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

Berbekalkan dengan semangat juang tinggi yang bakal dipamerkan, seluruh peminat sukan tanah air menjangkakan atlet-atlet Malaysia dapat menghadiahkan kilauan pingat Emas, Perak atau Gangsa kepada negara.

Persaingan Sukan Atlet Malaysia Dalam Sukan Olimpik 2024

Kesemua atlet Malaysia yang layak beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 akan bersaing dalam sepuluh jenis sukan iaitu Badminton, Berbasikal, Terjun, Memanah, Sukan Perahu Layar, Golf, Memanah, Menembak, Sukan Terjun Olahraga dan Renang. Atlet-atlet Malaysia ini masing-masing telah mengorbankan masa untuk berlatih dengan penuh fokus dan tekun demi meningkatkan kemahiran mereka.

Sukan Yang Bakal Meraih Pingat Sukan Olimpik 2024

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan harapan dan sasaran kepada atlet negara dalam beberapa jenis sukan, bagi meraih pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 iaitu Badminton, Berbasikal, Terjun, Memanah, Sukan Perahu Layar yang dilihat mempunyai peluang cerah bagi menyumbang butiran pingat kepada kontinjen negara dimana mereka telah membuktikan kebolehan mereka di persada antarabangsa dan dijangka akan memberikan saingan sengit kepada atlet-atlet dari negara lain.

Senarai Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024

Berikut merupakan senarai penuh atlet Malaysia yang menggalas cabaran negara menerusi acara sukan masing-masing di Temasya Sukan Olimpik, Paris Perancis 2024.

Senarai Penuh Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024
SukanAtletAcara / Kategori
MemanahAriana Nur Dania Mohamad ZairiIndividu Wanita & Berpasukan
Nurul Azreena Fazil
Syaqiera Mashayikh
BerbasikalMohd Azizulhasni AwangKeirin & Pecut Lelaki
Muhammad Shah Firdaus SahromKeirin & Pecut Lelaki
Nurul Izzah Izzati Mohd AsriKeirin & Pecut Wanita
Nur Aisyah Mohamad ZubirLumba Jalan Raya Wanita
TerjunBertrand Rhodict Lises10m Platform Individu Lelaki
Nur Dhabitah Sabri3m Papan Anjal Individu Wanita
PelayaranNur Shazrin Mohd LatifILCA 6 wanita
Khairulnizam AfendyILCA 7 lelaki
MenembakJohnathan Wong10m Air Pistol Lelaki
BadmintonLee Zii JiaPerseorangan Lelaki
Aaron ChiaBeregu Lelaki
Soh Wooi Yik
Goh Jin WeiPerseorangan Wanita
Pearly TanBeregu Wanita
Thinaah Muralitharan
Chen Tang JieBeregu Campuran
Toh Ee Wei
Angkat BeratAniq Kasdan61kg Lelaki
GolfGavin GreenIndividu Lelaki
Ashley LauIndividu Wanita
OlahragaMuhd Azeem Fahmi100m Lelaki
RenangKhiew Hoe Yean400m Gaya Bebas Lelaki
Tan Rou Xin100m Kuak Dada Wanita

senarai penuh atlet malaysia sukan olimpik 2024

Harapan Peminat Sukan Tanah Air Terhadap Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2024

Peminat sukan tanah air pasti meletakkan harapan kepada atlet-atlet Malaysia agar dapat mencapai kejayaan dan mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa ini serta mengharapkan semangat juang atlet-atlet Malaysia akan terus berkobar dan mereka dapat mencapai impian mereka dalam Sukan Olimpik Paris 2024. Teruskan berjuang, atlet-atlet Malaysia! Malaysia berbangga dengan perjuangan anda di pentas sukan ini.

Jadual Siaran Langsung  Sukan Olimpik Paris 2024 Live Atlet Malaysia

Peminat sukan di tanah air boleh mendapatkan semua maklumat jadual siaran langsung mahupun live streaming sukan Olimpik Paris 2024 membabitkan kontinjen atlet Malaysia yang bakal disiarkan melalui stesen penyiaran di Malaysia antaranya Sukan RTM, RTM TV Okey serta saluran khas RTM Sukan Olimpik Paris 2024 dan saluran sukan berbayar Astro Arena / SuperSports.

  • https://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm

Jadual Acara Sukan Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024

Berikut merupakan jadual harian penuh acara sukan yang membabitkan atlet Malaysia di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Jadual Atlet Malaysia Hari Ini Sukan Olimpik Paris 2024 Waktu Malaysia
TarikhMasaSukanAcara
Peringkat
Atlet
10 Ogos
Sabtu
3:22PMGolfIndividu Wanita
Pusingan 4
Ashley Lau
11:19PMBerbasikal TrekKeirin Lelaki
Pusingan 1
Mohd Azizulhasni Awang
Muhammad Shah Firdaus
11 Ogos
Ahad
1:21AMKeirin Lelaki
Repechages (jika layak pusingan 1)

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).