Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) merupakan satu ujian yang dijalankan setiap tahun oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai satu bentuk penilaian terhadap pencapaian murid-murid dalam bidang pendidikan Islam. UPKK merupakan satu ujian yang penting bagi membantu mengukur tahap kemahiran, kebolehan, dan penghayatan terhadap Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Mata Pelajaran UPKK
Peperiksaan UPKK dijalankan secara berperingkat, di mana murid-murid dari pelbagai kelas kafa akan diuji berdasarkan tahap kelas masing-masing. Ujian ini melibatkan pelbagai Mata Pelajaran seperti Penghayatan Cara Hidup Islam, Amali Solat, Al Quran, Adab (Akhlak Islamiyah), Ibadah, Jawi dan Khat, Sirah dan Bahasa Arab.
Aspek Pengetahuan Dan Pemahaman Agama Islam
UPKK turut menumpukan kepada aspek pengetahuan dan pemahaman agama Islam yang lebih mendalam. Ini termasuklah memastikan pelajar-pelajar memahami konsep-konsep asas agama Islam seperti rukun iman, rukun Islam, ibadah-ibadah wajib serta amalan-amalan sunnah.
Selain itu, UPKK juga menitikberatkan kepada kemahiran hafazan al-Quran dan doa-doa harian. Pelajar dikehendaki untuk mahir dalam menghafaz beberapa surah pilihan serta beberapa doa-doa penting agar dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
Soalan UPKK Menguji Pengetahuan Dan Pencapaian
Untuk memastikan keberkesanan, ujian UPKK dijalankan secara teliti dan sistematik. Soalan-soalan yang disediakan akan menguji tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar dan setiap soalan akan dirangka dengan teliti agar dapat mengukur secara objektif pencapaian pelajar.
Keseluruhan ujian UPKK ini bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam bidang agama Islam serta menjadikan agama sebagai asas utama dalam kehidupan mereka. Diharapkan melalui UPKK ini, pelajar dapat lebih menghargai agama dan dapat mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Kelebihan UPKK Ujian Penilaian Kelas KAFA
UPKK merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kelebihan Sijil UPKK ini adalah ia diperakui di seluruh Malaysia bagi salah satu dokumen sokongan bagi setiap permohonan murid untuk kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Antara lain kelebihan UPKK adalah satu inisiatif yang baik untuk memastikan pelajar-pelajar kafa memiliki tahap pengetahuan dan pemahaman yang baik terhadap agama Islam. Melalui ujian ini, diharapkan pelajar dapat terus meningkatkan kefahaman mereka terhadap ajaran Islam serta dapat mengamalkan nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian.
Jadual Waktu Peperiksaan UPKK Tahun 2024/2025
Jadual waktu UPKK adalah penting bagi pelajar untuk merancang persediaan dan mengetahui tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan ujian tersebut. Dengan mengikuti jadual waktu yang telah ditetapkan, pelajar dapat memastikan bahawa mereka bersedia untuk menghadapi ujian itu dengan keyakinan dan kefahaman yang mencukupi.
Tarikh Hari | Waktu | Kod Kertas | Mata Pelajaran | Tempoh Masa |
---|---|---|---|---|
1 Julai 2024 – 28 Oktober 2024 | Waktu Persekolahan | UPKK 08 | Penghayatan Cara Hidup Islam | 81 Hari |
UPKK 09 | Amali Solat | |||
29 Oktober 2024 – 29 November 2024 | Waktu Persekolahan | UPKK 01 | Al- Quran | 22 Hari |
6 Januari 2025 (Isnin) | 2:30 – 3:45 Petang | UPKK 02 | Akidah | 1 Jam 15 Minit |
4:15 – 5:30 Petang | UPKK 04 | Adab | 1 Jam 15 Minit | |
7 Januari 2025 (Selasa) | 2:30 – 3:45 Petang | UPKK 07 | Ibadah | 1 Jam 15 Minit |
4:15 – 5:30 Petang | UPKK 05 | Jawi & Khat | 1 Jam 15 Minit | |
8 Februari 2025 (Rabu) | 3:00 – 4:15 Petang | UPKK 03 | Sirah | 1 Jam 15 Minit |
9 Februari 2025 (Khamis) | 3:00 – 4:15 Petang | UPKK 06 | Bahasa Arab | 1 Jam 15 Minit |
Maklumat Lanjut Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2024
Bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini berhubung dengan Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) 2024 sila layari laman web rasmi Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di pautan (link) https://simpeni.islam.gov.my.
Disamping itu, kami turut mengemaskini artikel ini sekiranya terdapat penambahan maklumat terkini ataupun sebarang perubahan maklumat sekirannya perlu.
Senarai Lampiran Silibus UPKK 2024
Berikut adalah lampiran infografik mengenai Silibus UPKK bermula tahun 2024 berdasarkan format baharu kurikulum KAFA 2.0. Kredit kepada Akaun Facebook Ustaz Roket.