Menu

JDT ACLE 2024-2025: Jadual Keputusan & Kedudukan Carta

Artikel Carta Bola Sepak Aktif Mengenai Pasukan JDT Dalam Saingan ACLE 2024-2025 Merangkumi Jadual, Keputusan Dan Kedudukan Carta Bagi Pasukan ACL Elite Timur.

Johor Darul Ta’zim (JDT), satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak Malaysia, kini bersedia untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa melalui Liga Juara-Juara Asia Elite (ACL E) 2024/25. Sebagai pasukan yang telah mengukir pelbagai kejayaan dalam arena bola sepak domestik, peluang untuk bersaing di peringkat Asia ini menjadi satu misi penting bagi JDT.

Sejak ditubuhkan, JDT telah melalui pelbagai liku dan cabaran. Namun, era kejayaan sebenar JDT bermula pada tahun 2014 apabila mereka mula membina sebuah pasukan yang kompetitif. Di bawah pengurusan Ketua Jurulatih dan pengaruh besar pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, JDT telah meraih pelbagai piala dan anugerah. Kejayaan ini telah menjadikan JDT sebagai pasukan terkuat di Malaysia dan salah satu pasukan yang paling dihormati di Asia Tenggara.

Penyertaan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elite (ACL E) 2024/2025

JDT telah menunjukkan prestasi yang membanggakan di Liga Juara-Juara Asia, walaupun belum mencapai kejayaan tertinggi. Penyertaan mereka dalam ACLE menjadi satu platform penting untuk meningkatkan mutu permainan dan pengalaman pemain. Pada musim lalu, JDT menampilkan prestasi yang mengagumkan, walaupun mereka tersingkir pada peringkat kumpulan. Namun, pengalaman ini menjadi motivasi untuk mereka memperbaiki diri dan bersedia untuk cabaran yang lebih besar dalam musim 2024/25.

Format dan Pelaksanaan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE)

Liga Juara-Juara Elit AFC 2024–25 (ACLE) telah memasuki edisi ke-43. ACLE merupakan kejohanan bola sepak kelab utama Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selain dijenamakan sebagai ACLE, ia turut menampilkan format baharu yang membabitkan 24 pasukan iaitu memfokuskan fasa liga di mana setiap pasukan bermain lapan perlawanan menentang lawan yang berbeza.

  • 24 pasukan yang layak dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu kumpulan EAST (Asia Timur) & kumpulan WEST (Asia Barat).
  • Setiap kumpulan Liga dihuni oleh 12 pasukan kelab.
  • Setiap pasukan kelab akan berentap dengan 8 kelab yang lain dalam kumpulan masing-masing dengan empat daripadanya berlangsung di gelanggang sendiri dan baki empat lagi pasukan dihadapi di gelanggang lawan.
  • 8 pasukan kelab terbaik dalam Group EAST (Timur) & Group WEST (Barat) layak ke pusingan 16 dengan menyaksikan 4 pasukan tersingkir dalam saingan Liga.
  • Pusingan 16 keseluruhan membabitkan 16 pasukan yang akan berentap secara kalah mati di tempat sendiri dan lawan.
  • 8 pasukan yang mara berentap di peringkat Suku Akhir.
  • 4 pasukan yang mara berentap di peringkat separuh akhir dan pemenang akan layak ke Perlawanan akhir.

Cabaran yang Bakal Dihadapi oleh JDT

Musim 2024/25 dijangka akan menjadi cabaran getir bagi JDT. Pasukan-pasukan seperti Ulsan Hyundai, Pohang Steerles, Shanghai Shenua dan Gwanju dikenal pasti sebagai pencabar utama. Dengan kekuatan dan pengalaman mereka, JDT perlu mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin. Penambahan pemain berkualiti, serta latihan berintensif, akan menjadi kunci kejayaan mereka.

Faktor Pemain

Keberkesanan pasukan tidak boleh dipisahkan daripada kehadiran pemain yang berkualiti. JDT telah berjaya menarik perhatian beberapa pemain import berpengalaman serta pemain tempatan yang berbakat. Pemain tersebut akan menjadi penggerak utama pasukan. Selain itu, pemain muda dapat memberikan impak positif di pentas Asia. Kombinasi pengalaman dan tenaga muda ini diharapkan dapat membawa JDT ke tahap yang lebih tinggi.

Strategi dan Persiapan

Dalam menghadapi ACLE 2024/25, JDT perlu merangka strategi yang mantap. Penglibatan dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Asia dan Eropah akan memberikan mereka pendedahan dan pengalaman berharga. Latihan taktikal yang berfokus kepada penguasaan bola, serangan pantas, dan pertahanan yang kukuh akan menjadi aspek penting yang perlu ditegaskan.

Harapan untuk Musim 2024/25

Sokongan peminat yang padu adalah faktor motivasi utama bagi JDT. Penyokong setia mereka sentiasa memberikan sokongan tanpa henti, sama ada di dalam atau luar stadium. Dengan sokongan yang kuat ini, JDT bertekad untuk memberikan yang terbaik sepanjang musim. Harapan untuk mara ke peringkat kalah mati bukanlah sekadar angan-angan, tetapi satu matlamat yang realistik jika semua elemen pasukan bekerja secara sinergi.

Marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada JDT dalam perjalanan mereka ini. Semoga JDT akan terus maju dan mengharumkan nama bola sepak Malaysia di persada dunia.

Jadual & Keputusan, Kedudukan Carta JDT ACL E 2024-2025

Bagi Johor Darul Ta’zim, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 adalah peluang untuk mengukir sejarah baharu. Misi mereka bukan sahaja untuk mengejar kejayaan dalam sepak bola, tetapi juga untuk mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa. Dengan persediaan yang teliti, strategi yang bijak, dan sokongan padu dari peminat, JDT yakin untuk menjadi pencabar yang serius dalam misi merangkul kejayaan di Asia.

Dalam pada itu, peminat dan penyokong JDT boleh mendapatkan semua maklumat kejohonan berdasarkan keputusan rasmi serta kedudukan carta dan jadual terkini ACLE 2024/25 hanya membabitkan pasukan JDT dalam kumpulan liga Asia timur, dikemaskini pada tarikh atau hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung.

Senarai Pasukan ACLE 2024/25 Asia Timur

Berikut merupakan senarai 12 pasukan yang berkelayakan bertanding dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Asia Timur

Senarai Pasukan EAST (Asia Timur) ACLE 2024/25
LogoPasukanLogoPasukan
burirqm unitedBuriram Unitedshandong luneng taishanShandong Taishan
central coast marinersCentral Coast Marinersshanghai portShanghai Port
jdt fcJDTshanghai shenhuaShanghai Shenhua
gwangju fcGwangju FCulsan hyundaiUlsan Hyundai
kawasaki frontaleKawasaki Frontalevissel-kobeVissel Kobe
pohang steelersPohang Steelersyokohama f marinosYokohama F Marinos

Kedudukan Terkini Carta JDT ACL E (EAST)

Info Kedudukan Terkini Carta ACLE Asia Timur
NoAEPasukanBPMSKJGGBPGMT
1burirqm unitedBuriram United000000+00
2central coast marinersCentral Coast Mariners000000+00
3jdt fcJDT000000+00
4gwangju fcGwangju FC000000+00
5kawasaki frontaleKawasaki Frontale000000+00
6pohang steelersPohang Steelers000000+00
7shandong luneng taishanShandong Taishan000000+00
8shanghai portShanghai Port000000+00
9shanghai shenhuaShanghai Shenhua000000+00
10ulsan hyundaiUlsan Hyundai000000+00
11vissel-kobeVissel Kobe000000+00
12yokohama f marinosYokohama F Marinos000000+00
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan
Perlawanan
MenangSeriKalahJaringan
Gol
Gol
Bolos
Perbezaan
Gol
Mata
Mara Ke Pusingan 16Tersingkir

Jadual Perlawanan JDT ACLE 2024/25 & Keputusan

Jadual & Keputusan JDT ACLE 2024/25 Waktu Malaysia
Tarikh MasaTuan RumahKeputusan
(vs)
Pelawat
18 September – Rabu
8:00PMShanghai PortJDT
1 Oktober – Selasa
8:00PMJDTShanghai Shenhua
22 Oktober – Selasa
6:00PMGwangju FCJDT
5 November – Selasa
8:00PMJDTUlsan Hyundai
26 November – Selasa
8:00PMShandong TaishanJDT
3 Disember – Selasa
8:00PMJDTBuriram United
11 Februari 2025 – Selasa
4:00PMCentral Coast MarinersJDT
18 Februari – 2025 Selasa
8:00PMJDTPohang Steelers

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).