JDT ACLE 2025-2026: Jadual Keputusan & Kedudukan Carta

JDT ACLE 2025-2026: Jadual Keputusan & Kedudukan Carta. Pasukan Johor Darul Ta'zim Saingan ACLE Merangkumi Jadual, Keputusan, Carta Kedudukan ACL Elite Timur.

Johor Darul Ta’zim (JDT) satu nama tidak asing lagi dalam dunia bola sepak Malaysia kini bersedia untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa melalui Liga Juara-Juara Asia Elite (ACL E) 2025/26. Sebagai pasukan yang telah mengukir pelbagai kejayaan dalam arena bola sepak domestik, peluang untuk bersaing di peringkat Asia ini menjadi satu misi penting bagi JDT.

Sejak ditubuhkan, JDT telah melalui pelbagai liku dan cabaran. Namun, era kejayaan sebenar JDT bermula pada tahun 2014 apabila mereka mula membina sebuah pasukan kompetitif. Di bawah pengurusan Ketua Jurulatih dan pengaruh besar pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, JDT telah meraih pelbagai piala dan anugerah. Kejayaan ini telah menjadikan JDT sebagai pasukan terkuat di Malaysia dan salah satu pasukan paling dihormati di Asia Tenggara.

jdt acle 2025 2026

JDT Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE)

JDT telah menunjukkan prestasi membanggakan dalam Liga Juara-Juara Asia, walaupun belum mencapai kejayaan tertinggi. Penyertaan mereka dalam ACLE menjadi satu platform penting untuk meningkatkan mutu permainan dan pengalaman pemain. Pada musim lalu, JDT menampilkan prestasi memberangsangkan, walaupun mereka tersingkir pada peringkat pusingan 16 pasukan. Namun, pengalaman ini menjadi motivasi untuk mereka memperbaiki diri dan bersedia untuk cabaran lebih besar pada musim 2025/26.

Cabaran Bakal Dihadapi oleh JDT

Musim 2025/26 dijangka akan menjadi cabaran getir bagi JDT. Pasukan-pasukan seperti Buriram United, Chengdu Rongcheng, Vissel Kobe dan Shanghai Shenhua pasti sebagai pencabar utama. Dengan kekuatan dan pengalaman mereka, JDT perlu mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin. Penambahan pemain berkualiti serta latihan berintensif akan menjadi faktor kejayaan mereka.

Faktor Pemain

Keberkesanan pasukan tidak boleh dipisahkan daripada kehadiran pemain berkualiti. JDT telah berjaya menarik perhatian beberapa pemain import berpengalaman serta pemain tempatan berbakat. Pemain tersebut akan menjadi penggerak utama pasukan. Selain itu, pemain muda dapat memberikan impak positif di pentas Asia. Kombinasi pengalaman dan tenaga muda ini diharapkan dapat membawa JDT ke tahap lebih tinggi.

Strategi dan Persiapan

Dalam menghadapi ACLE 2025/26, JDT perlu merangka strategi mantap. Penglibatan dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Asia dan Eropah akan memberikan mereka pendedahan dan pengalaman berharga. Latihan taktikal berfokus kepada penguasaan bola, serangan pantas dan pertahanan kukuh akan menjadi aspek penting perlu ditegaskan.

Format Liga Juara-Juara Asia Elite

Liga Juara-Juara Elit AFC 2025-26 (ACLE) telah memasuki edisi ke-44. ACLE merupakan kejohanan bola sepak kelab utama Asia dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selain dijenamakan sebagai ACLE, ia turut menampilkan format baharu membabitkan 24 pasukan iaitu memfokuskan fasa liga di mana setiap pasukan bermain lapan perlawanan menentang lawan yang berbeza.

Perincian Format:

  • 24 pasukan yang layak dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu kumpulan EAST (Asia Timur) & kumpulan WEST (Asia Barat).
  • Setiap kumpulan Liga dihuni oleh 12 pasukan kelab.
  • Setiap pasukan kelab akan berentap dengan 8 kelab yang lain dalam kumpulan masing-masing dengan empat daripadanya berlangsung di gelanggang sendiri dan baki empat lagi pasukan dihadapi di gelanggang lawan.
  • 8 pasukan kelab terbaik dalam Group EAST (Timur) & Group WEST (Barat) layak ke pusingan 16 dengan menyaksikan 4 pasukan tersingkir dalam saingan Liga.
  • Pusingan 16 keseluruhan membabitkan 16 pasukan yang akan berentap secara kalah mati di tempat sendiri dan lawan.
  • 8 pasukan yang mara berentap di peringkat Suku Akhir.
  • 4 pasukan yang mara berentap di peringkat separuh akhir dan pemenang akan layak ke Perlawanan akhir.

Sokongan Peminat

Sokongan peminat yang padu adalah faktor motivasi utama bagi JDT. Penyokong setia mereka sentiasa memberikan sokongan tanpa henti, sama ada di dalam atau luar stadium. Dengan sokongan kuat ini, JDT bertekad untuk memberikan yang terbaik sepanjang musim. Harapan untuk mara ke peringkat kalah mati bukanlah sekadar angan-angan, tetapi satu matlamat realistik jika semua elemen pasukan bekerja secara tindakan bersama.

Marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada JDT dalam perjalanan mereka ini. Semoga JDT akan terus maju dan mengharumkan nama bola sepak Malaysia di persada dunia.

Jadual & Keputusan, Carta Kedudukan JDT ACLE

Bagi Johor Darul Ta’zim, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 adalah peluang untuk mengukir sejarah baharu. Misi mereka bukan sahaja untuk mengejar kejayaan dalam sepak bola tetapi juga untuk mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa. Dengan persediaan teliti, strategi terbaik dan sokongan padu dari peminat, JDT yakin untuk menjadi pencabar utama dalam misi merangkul kejayaan di Asia.

Dalam pada itu, peminat dan penyokong JDT boleh mendapatkan semua maklumat kejohanan berdasarkan keputusan rasmi serta kedudukan carta dan jadual terkini ACLE 2024/25 hanya membabitkan pasukan JDT dalam kumpulan liga Asia timur, dikemaskini pada tarikh atau hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung.

pasukan acle 2025 2026

Senarai Pasukan Asia Timur

Berikut merupakan senarai 12 pasukan yang berkelayakan bertanding dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 Zon Asia Timur.

Senarai Pasukan EAST Religion
PasukanPasukan
Buriram United
(Thailand)
Melbourne City
(Australia)
Chengdu Rongcheng
(China)
Sanfrecce Hiroshima
(Japan)
FC Seoul
(South Korea)
Shanghai Port
(China)
Gangwon FC
(South Korea)
Shanghai Shenhua
(China)
Johor Darul Ta’zim
(Malaysia)
Ulsan HD
(Japan)
Machida Zelvia
(Japan)
Vissel Kobe
(Japan)

Kedudukan JDT Dalam Carta Terkini

Carta ACLE Asia Timur
No / PasukanBPMSKJGGBPGMT
1Sanfrecce110020+23
2Buriram Utd110021+13
3Gangwon FC110021+13
4FC Seoul101011+01
5Machida101011+01
6Chengdu000000+00
7S. Port000000+00
8Ulsan HD000000+00
9Vissel Kobe000000+00
10JDT100112-10
11Shenhua100112-10
12Melbourne100102-20
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan
Perlawanan
MenangSeriKalahJaringan
Gol
Gol
Bolos
Perbezaan
Gol
Mata
[1-8]
Mara Ke Pusingan 16
[9-12]
Tersingkir

Jadual – Keputusan JDT Peringkat Kumpulan Liga

Jadual Dan Keputusan JDT
Tarikh MasaTuan RumahKeputusanPelawat
16 September 2025: Selasa
8:15PMBuriram United21JDT
30 September 2025: Selasa
8:15PMJDTMachida
21 Oktober 2025: Selasa
6:00PMChengduJDT
5 November 2025: Rabu
8:15PMJDTShenhua
25 November 2025: Selasa
4:45PMMelbourne CityJDT
9 Disember 2025 – Selasa
8:15PMJDTShanghai Port
10 Februari 2026: Selasa
6:00PMSanfrecceJDT
17 Februari 2026: Selasa
8:15PMJDTVissel Kobe

Share Artikel