Menu

Siaran Langsung Live Streaming JDT VS Sabah 2024

Artikel Aktif Mengenai Siaran Langsung Dan Live Streaming JDT Vs Sabah FC 2024 Saingan Liga Super Serta Kemaskini Keputusan Penuh Perlawanan.

Saingan Liga Super 2024 minggu ini bagi aksi kelima dirancakkan lagi dengan pertembungan antara pasukan bola sepak Sabah FC akan berdepan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu pertarungan sengit yang dijangka bakal menarik perhatian peminat dan kehadiran penyokong bola sepak membabitkan kedua-dua pasukan.

Perlawanan di antara Sabah FC menentang Johor Darul Ta’zim ini dijadualkan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu dengan sepak mula pada jam 8:15 malam.

JDT Pasukan Pilihan Utama Menang

Johor Darul Ta’zim yang kini menduduki persada teratas dalam saingan Liga Super musim 2024 menjadi pilihan utama kepada peminat dan penyokong untuk meraih kemenangan dalam perlawanan ini. Dibawah kepimpinan jurulatih yang berpengalaman, pasukan ini memiliki kekuatan serangan yang hebat dan pertahanan yang kukuh. Dengan pemain-pemain utama seperti Bergson da Silva, Juan Muñiz Gallego, dan Arif Aiman Hanapi, mereka pasti akan memberikan saingan hebat kepada Sabah FC.

Sabah FC Bukan Sebuah Pasukan Lemah

Sabah FC bukan sebuah pasukan yang boleh dianggap lemah. Meskipun dilihat tidak sekuat Johor Darul Ta’zim, pasukan ini telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam prestasi mereka dalam saingan Liga Super musim ini. Dengan pasukan yang dipimpin oleh jurulatih tempatan, Sabah FC senantiasa mencari peluang dan berusaha sedaya untuk mencipta kejutan dengan mengalahkan pasukan JDT dalam perlawanan ini.

Perlawanan JDT Vs Sabah Pasti Sengit

Aksi perlawanan membabitkan Johor Darul Ta’zim dan Sabah FC dijangka akan menjadi satu perlawanan yang sengit dan menarik untuk diberi perhatian. Penyokong kedua-kedua pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan aksi dua pasukan yang memiliki sejarah perjalanan bola sepak yang menarik ini berentap di padang. Pasukan manakah yang akan memenangi perlawanan ini? JDT atau Sabah FC? Kita tunggu dan saksikan bersama sehingga tamat aksi masa penuh perlawanan.

Live Streaming JDT Vs Sabah FC Liga Super 2024

Untuk makluman kepada penyokong kedua-dua pasukan, aksi perlawanan di antara JDT menentang Sabah FC akan disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena Bola (803) dan AstroGo seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran minit pra rancangan perlawanan.

Selain itu, penyokong JDT dan Sabah FC boleh juga menonton di mana-mana sahaja perlawanan ini secara live streaming di internet dengan melayari laman sesawang penstriman rasmi Sooka (Astro).

Keputusan JDT Vs Sabah FC Liga Super 2024

Dalam pada itu, kami turut menyaksikan sambil mengemaskini keputusan JDT menentang Sabah FC bagi saingan Liga Super 2024 perlawanan kelima ini secara langsung ataupun live score hingga tamat aksi minit masa penuh perlawanan. Lihat juga aksi antara JDT Vs Kedah dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA 2024

Keputusan Langsung Live Sabah FC Vs JDT Liga Super 2024
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Sabah FC sabah fc13jdt fc JDT
Penjaring GolPenjaring Gol
52′(P) Gabriel PeresRomel Morales 44′,21′
Bergson 90’+8
Stadium Likas, Kota Kinabalu
Pautan (Link)
Live Streaming JDT Vs Sabah FC Liga Super 2024

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).