Menu

Siapakah Juara Piala FA Malaysia 2024: JDT atau Selangor FC?

Artikel Kategori Bola Sepak Aktif Mengenai Siapakah Juara Piala FA 2024 Malaysia: JDT Atau Selangor FC? Nantikan Jawapannya Sebaik Sahaja Tamat Aksi Perlawanan.

Piala FA Malaysia merupakan salah satu kejohanan bola sepak antara yang paling dinantikan di negara ini. Setiap tahun, pasukan-pasukan dari pelbagai kelab bola sepak bersaing dengan penuh semangat dan bercita-cita untuk merangkul trofi kejuaraan yang berprestij ini. Untuk edisi 2024, dua nama besar dalam dunia bola sepak Malaysia akan berentap di perlawanan akhir iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.

Pasukan Manakah Juara Piala FA Malaysia Musim 2024?

Piala FA Malaysia 2024 menjadi tumpuan semua penyokong, penggiat dan pemerhati bola sepak tanah air. Dengan JDT dan Selangor FC sebagai finalis, pertarungan ini pasti menjanjikan aksi-aksi menarik dan penuh dramatik. Apakah JDT akan menambah lagi koleksi trofi mereka, atau adakah Selangor FC akan bangkit untuk mencipta kejutan? Hanya masa 90 minit perlawanan yang akan menentukan siapakah juara Piala FA Malaysia 2024.

Nantikan kemaskini selanjutnya bagi mengetahui pasukan manakah yang akan menjulang trofi kejuaraan Piala FA Malaysia musim 2024 sebaik sahaja tamat perlawanan.

Jawapannya: JDT Juara Piala FA 2024

Pasukan Johor Darul Ta’zim berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA Malaysia yang dimilikinya apabila menewaskan pasukan Selangor FC menerusi jaringan 6-1. Gol-gol tersebut terhasil pada aksi separuh masa pertama menerusi jaringan Juan Muñiz, minit ke-26′ dan Arif Aiman, minit ke-42′.

Meskipun Selangor FC berjaya merapatkan jurang jaringan gol selepas kebangkitan pada aksi separuh masa kedua di minit 59′ namun ia tidak bertahan lama kerana penyerang sensasi JDT, Bergson berjaya menambah gol pada minit ke-62′ disusuli oleh koleksi gol hat-trick oleh Juan Muñiz, minit ke-67, 89′ dan kemudiannya Heberty menambah lagi luka Selangor FC dengan jaringan gol ke-5 pada minit ke-76′.

Ketinggalan enam gol tidak mematahnya semangat Selangor FC bagi mencari gol. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka berikutan tiada jaringan gol terhasil sehingga tiupan wisel terakhir oleh pengadil perlawanan.

Keputusan penuh Perlawanan JDT 6, Selangor 1 sekali gus JDT muncul sebagai Juara Piala FA Malaysia bagi musim 2024. Sebagai rekod, Kemenangan ini merupakan kejuaraan yang keempat Johor Darul Ta’zim dalam penampilan saingan Piala FA.

jdt juara piala fa 2024

Johor Darul Ta’zim (JDT): Kuasa Dominan Bola Sepak Malaysia

JDT bukanlah nama asing dalam arena bola sepak Malaysia. Sejak ditubuhkan pada tahun 2013, pasukan ini telah menunjukkan prestasi yang luar biasa, memenangi pelbagai gelaran domestik dan peringkat Asia. Di bawah bimbingan jurulatih terbaik, JDT telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai juara Liga Super Malaysia berturut-turut. Kekuatan mereka terletak pada kombinasi pemain tempatan dan import yang berkualiti tinggi, menjadikan skuad JDT antara yang terkuat di Asia Tenggara.

Kebangkitan JDT tidak terlepas daripada sokongan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak melabur dalam pembangunan pasukan dan infrastruktur. Dengan fasiliti latihan yang bertaraf dunia dan pengurusan yang profesional, JDT sentiasa berada dalam kelas tersendiri. Dengan rekod prestasi yang cemerlang, mereka pasti menjadi calon pilihan utama untuk menjulang Piala FA Malaysia 2024.

Selangor FC: Kembali ke Puncak

Selangor FC merupakan salah satu pasukan memiliki sejarah rekod kejuaraan tertinggi dalam kancah bola sepak Malaysia, juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Sebagai pasukan yang telah memenangi Piala FA Malaysia dalam pelbagai edisi sebelum ini, Selangor FC bertekad untuk kembali meraih kejayaan. Di bawah kendalian jurulatih berpengalaman pasukan ini menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara, dengan gabungan pemain muda dan lama.

Kekuatan Selangor terletak pada kesatuan pasukan dan semangat juang yang tinggi. Mereka memiliki beberapa pemain bintang yang mampu mengubah perlawanan dalam sekelip mata. Bukan hanya bergantung pada kehebatan individu, tetapi juga kerjasama antara pemain yang menjadikan Selangor FC sebagai pasukan yang boleh mencabar mana-mana lawan. Dengan rekod sebelumnya dalam Piala FA, Selangor FC pasti berhasrat untuk kembali menulis sejarah dengan menambah koleksi trofi mereka.

Pertarungan yang Menarik

Perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2024 di antara JDT dan Selangor FC dijangka menjadi pertembungan yang menarik. Kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka tersendiri. JDT, dengan pengalaman dan prestasi cemerlang dalam liga tempatan serta penampilan di peringkat antarabangsa, pastinya ingin mengekalkan dominasi mereka. Sementara itu, Selangor FC, dengan semangat juang dan azam untuk membuktikan kemampuan mereka, juga akan berusaha keras untuk mengatasi JDT.

Pertembungan ini tidak hanya sekadar tentang gelaran, tetapi juga soal maruah dan kebanggaan. Penyokong kedua-dua pasukan pasti akan hadir memberi sokongan dan mencipta suasana yang meriah. Kehadiran mereka di stadium akan memberikan semangat kepada pemain untuk memberikan yang terbaik.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).