Menu

Kalendar Islam 2025 Takwim Hijrah Tarikh Penting Bulan Islam

Artikel Kategori Kalendar Aktif Mengenai Kalendar Islam Hijrah 1446-1447 Bersamaan 2025 Masihi. Tarikh Penting Dalam Islam Dan Tarikh Sambutan Perayaan Islam.

Kalendar Islam, juga dikenali sebagai takwim Hijrah, adalah satu alat penting dalam agama Islam yang digunakan untuk menentukan tarikh dan bulan dalam tahun Islam. Kalendar ini berdasarkan peredaran bulan dan mempunyai tarikh permulaan pada tahun Hijrah, iaitu peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

Kepentingan Kalendar Islam takwim Hijrah

Takwim Hijrah memainkan peranan yang amat penting didalam kehidupan masyarakat Islam sejak berzaman lagi. Takwim Hijrah boleh ditakrifkan sebagai satu time planning mechanism yang bersifat a self correcting system dan berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti sosial dan keagamaan bagi membantu, mentadbir kehidupan seharian, termasuklah amalan-amalan ketamadunan dan keagamaan.

Justeru, masyarakat Islam menggunakan takwim hijrah bagi merancang, mengurus, mengatur, mentadbir dan melaksanakan aktiviti-aktiviti seharian, termasuklah perlakuan ibadat keagamaan, perayaan, kebudayaan, pertanian dan sebagainya. Antara kepentingan kalendar Islam takwim Hijrah adalah seperti berikut.

Menentukan Tarikh Penting Dalam Islam

Kalendar Islam memainkan peranan penting dalam menentukan tarikh-tarikh penting dalam agama Islam, seperti bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji, dan lain-lain. Dengan kalendar ini, umat Islam dapat merancang ibadah dan aktiviti beragama mereka mengikut tarikh-tarikh penting ini.

Menjaga Keagamaan

Kalendar Islam juga membantu umat Islam untuk menjaga keagamaan mereka. Umat Islam perlu mengikut kalendar ini untuk menentukan waktu solat, puasa, dan juga ibadah-ibadah lain. Dengan mematuhi kalendar ini, umat Islam dapat menjaga keagamaan dan mendapat pahala daripada Allah SWT.

Menjaga Kesepaduan Umat

Kalendar Islam takwim Hijrah juga membantu dalam menjaga kesepaduan dan keharmonian umat Islam. Dengan mempunyai satu kalendar yang sama, umat Islam dapat bersatu dalam menetapkan tarikh-tarikh penting dan melakukan ibadah secara serentak. Ini membantu dalam memperkukuhkan ukhuwah dan mengukuhkan perpaduan umat Islam.

Memelihara Identiti Keagamaan

Kalendar Islam takwim Hijrah turut membantu dalam memelihara identiti keagamaan umat Islam. Dengan mengikut kalendar ini, umat Islam dapat memastikan bahawa mereka mengikut amalan dan tradisi yang telah ditetapkan dalam agama Islam.

Kalendar Islam takwim Hijrah adalah alat penting dalam agama Islam yang membantu umat Islam menentukan tarikh-tarikh penting, menjaga keagamaan, menjaga kesepaduan umat, dan memelihara identiti keagamaan. Oleh itu, penting bagi umat Islam untuk memahami kepentingan kalendar ini dan mengikutinya dengan teliti.

Perbezaan Takwim Islam Dan Kalendar Masihi

Kalendar Islam, juga dikenali sebagai takwim Hijriah, berbeza daripada kalendar Masihi yang biasa digunakan oleh masyarakat umum. Kedua-dua kalendar ini mempunyai perbezaan dalam kaedah pengiraan tahun dan bulan, serta bagaimana tarikh-tarikh penting ditentukan.

Berikut merupakan maklumat yang menyenaraikan ciri-ciri umum perbezaan diantara Takwim Islam dan Kalendar Miladiah (Masihi).

Kalendar Islam Atau Takwim Hijrah

Kalendar Islam, yang bermula pada tahun hijrah ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah, berdasarkan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.. Ini bermaksud bahawa setiap bulan dalam kalendar ini bergantung kepada kitaran bulan. Kalendar Islam mempunyai 12 bulan, yang mana setiap bulan bermula apabila bulan baru (hilal) dilihat. Oleh itu, setiap bulan dalam kalendar Islam boleh mempunyai 29 atau 30 hari, bergantung kepada penglihatan hilal.

Kalendar Masihi

Kalendar Masihi adalah sebuah kalendar berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari. yang bermaksud keterangan hari dan musimnya bergantung kepada pusingan matahari. Kalendar Masihi juga mempunyai 12 bulan, di mana tahun dalam kalendar Masihi terbahagi kepada 365 atau 366 hari. Sebab kalendar ini menggunakan kaedah solar, ia memerlukan satu hari tambahan setiap empat tahun sekali, dalam apa yang dikenali sebagai tahun lompat atau leap year.

Perbezaan utama antara kalendar Islam dan kalendar Masihi adalah sistem pengiraan tahun dan bulan. Kalendar Hijriah berdasarkan kitaran bulan, sementara kalendar Masihi berdasarkan pusingan matahari. Oleh itu, tarikh-tarikh penting dalam kedua-dua kalendar ini juga berbeza. Contohnya, Ramadan dan Aidilfitri ditentukan berdasarkan kalendar Hijriah, manakala tahun baru dan cuti umum ditentukan berdasarkan kalendar Masihi.

Perbezaan antara kalendar Islam (takwim Hijriah) dengan kalendar Masihi adalah dalam kaedah pengiraan tahun dan bulan. Kalendar Islam menggunakan kaedah lunar berdasarkan kitaran bulan, manakala kalendar Masihi mengikut kaedah solar berdasarkan pusingan matahari. Kedua-dua kalendar ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan tarikh-tarikh penting dalam agama dan budaya masyarakat yang menggunakan kalendar tersebut.

Kaedah Penentuan Awal Bulan Hijrah

Di Malaysia, penentuan awal bulan hijrah melibatkan dua kaedah iaitu penentuan secara falak (hisab) dan Penentuan secara rukyah (melihat). Penentuan ini dibuat oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kedua-dua kaedah ini saling berhubungkait di antara satu sama lain di dalam proses penentuan awal bulan hijriah di Malaysia. Setiap awal bulan ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlakunya ijtimak iaitu apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama. Bilangan hari pula dikira dari kedudukan ini sehingga bulan kembali ke kedudukan ijtimak seterusnya.

Senarai Bulan-Bulan Islam

Berikut adalah senarai 12 bulan Islam yang terkandung dalam takwim hijrah.

Senarai Penuh 12 Bulan Islam
BulanBulan
1. Muharram7. Rejab
2. Safar8. Syaaban
3. Rabiulawal9. Ramadhan
4. Rabiulakhir10. Syawal
5. Jamadilawal11. Zulkaedah
6. Jamadilakhir12. Zulhijjah

Takwim Islam Dan Tarikh Penting Bulan Islam Terbitan JAKIM

Untuk makluman anda, setiap tahun Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menerbitkan takwim hijrah dan tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai panduan seluruh umat Islam di Malaysia.

Berikut merupakan lampiran kalendar Islam bulan Hijrah 1446-1447 bersamaan tahun 2025 Masihi serta perincian maklumat berhubung dengan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam bagi Malaysia.

Lampiran PDF Kalendar Islam
Kalendar Hijrah Bulan Islam 1445-1446 Hijrah 2024 Masihi
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2025 Masihi (1446-1447 Hijriah)
Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 144627 Januari 2025Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1446 (*)2 Mac 2025Awal Ramadhan
17 Ramadan 144618 Mac 2025Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1446 (*)31 Mac 2025Hari Raya Aidilfitri
1 Zulhijjah 144629 Mei 2025Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1446 (*)7 Jun 2025Hari Raya Aidiladha
1 Muharam 144727 Jun 2025Awal Muharam
12 Rabiulawal 14475 September 2025Maulidur Rasul
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).