Menu

Kalendar Kuda 2025 Malaysia Tarikh Cuti Umum & Cuti Negeri

Artikel Kategori Kalendar Aktif Mengenai Kalendar Malaysia Tahun 2025 Reka Bentuk Kuda, Perincian Jadual Cuti Hari Kelepasan AM Persekutuan Serta Negeri 2025.

Anda mencari informasi berhubung dengan kalendar reka bentuk kuda tahun 2025 bagi Malaysia? di sini kami sertakan perincian yang lengkap dan tepat berhubung dengan maklumat yang berkait rapat dengan kalendar 2025 berdasarkan sumber berautoriti iaitu dari Bahagian Kabinet, Perlembangaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Sebagai makluman, Bahagian Kabinet, Perlembangaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri pada setiap tahun akan menerbitkan Jadual Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Jadual Hari Kelepasan AM Negeri di mana data yang terkandung dalam jadual tersebut akan dijadikan rujukan serta dimasukkan ke dalam kalendar.

Kepentingan Kalendar Dalam Kehidupan

Kalendar merupakan suatu alat yang penting dalam kehidupan manusia untuk mengatur jadual dan merancang aktiviti harian, mingguan, bulanan, dan tahunan. Kalendar turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan kehidupan manusia berjalan dengan teratur dan terancang. Berikut adalah beberapa kepentingan kalendar dalam kehidupan kita.

Menguruskan Masa

Kalendar membantu kita untuk menguruskan masa dengan lebih efektif. Dengan kalendar, kita dapat merancang aktiviti harian dan menyusun jadual sehingga dapat melakukan aktiviti yang penting dengan lebih teratur.

Memperingati Tarikh Penting

Kalendar juga membolehkan kita untuk memperingati tarikh-tarikh penting seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, cuti-cuti penting dan hari-hari kelepasan lain. Dengan kalendar, kita tidak akan terlepas untuk merancang dan merayakan tarikh-tarikh tersebut.

Merancang Perbelanjaan

Dengan kalendar, kita juga dapat merancang perbelanjaan dengan lebih bijak. Kita boleh merancang pembayaran bil-bil pada tarikh-tarikh tertentu dan menguruskan kewangan dengan lebih efisien.

Mempersiapkan Diri

Kalendar juga membantu kita untuk bersedia dengan lebih baik. Dengan melihat kalendar, kita dapat merancang dan mengatur aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan untuk hari-hari mendatang.

Menjaga Produktiviti

Kalendar juga membantu kita untuk mengekalkan produktiviti dalam kehidupan seharian. Dengan jadual yang teratur, kita dapat menguruskan masa dengan lebih baik dan melakukan aktiviti dengan lebih cekap.

Kalendar Tahun 2025 Malaysia

Kalendar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Ia membantu kita untuk menguruskan masa, merancang aktiviti, mengingati tarikh penting, merancang perbelanjaan, mempersiapkan diri, dan menjaga produktiviti. Oleh itu, amat penting bagi setiap individu untuk memiliki kalendar dan menggunakannya secara berkesan dalam kehidupan seharian.

Berbalik kepada fokus informasi, kami telah membuat perincian yang tepat mengenai cuti sambutan dan cuti perayaan bagi tahun 2025 di Malaysia sekali gus perkara ini akan memudahkan anda merancang segala aktiviti bermanfaat pada tahun 2025 mengikut cuti umum dan cuti seluruh negeri terutamanya di musim cuti sekolah.

Grafik Reka Bentuk Kalendar Kuda Tahun 2025

Bukan setakat perincian tarikh cuti, dalam artikel informasi ini kami turut sertakan lampiran 12 bulan dalam reka bentuk kalendar kuda. Anda boleh memuat turun grafik kalendar ini menerusi peranti masing-masing untuk dijadikan rujukan di masa hadapan.

Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Negeri Kalendar 2025

Berikut adalah maklumat perincian senarai kalendar cuti 2025 sambutan dan perayaan berpandukan kepada Hari Kelepasan AM Persekutuan (cuti umum) dan Hari Kelepasan AM negeri (cuti negeri) di Malaysia mengikut bulan serta lampiran grafik kalendar bagi tahun 2025.

Petunjuk Warna
Hari Kelepasan AM Persekutuan (Cuti Umum)
Hari Kelepasan AM Negeri (Cuti Negeri)

Kalendar Bulan Januari 2025

kalendar kuda januari 2025

Maklumat Cuti Bulan Januari 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
1 JanRabuTahun Baru 2025Semua negeri. KECUALI Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
14 JanSelasaHari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan
27 JanIsninIsrak Dan MikrajKedah, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu
29 JanRabuTahun Baru CinaSemua Negeri
30 JanKhamisTahun Baru Cina (Hari Kedua)Semua Negeri

Kalendar Bulan Februari 2025

kalendar kuda februari 2025

Maklumat Cuti Bulan Februari 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
1 FebSabtuHari Wilayah PersekutuanWP.Kuala Lumpur, WP.Labuan, WP.Putrajaya
11 FebSelasaHari ThaipusamWP.Kuala Lumpur, WP.Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
20 FebKhamisHari Pengisytiharan Tarikh KemerdekaanMelaka

Kalendar Bulan Mac 2025

kalendar kuda mac 2025

Maklumat Cuti Bulan Mac 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
2 MacAhadAwal RamadanJohor, Kedah
4 MacSelasaHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
18 MacSelasaHari Nuzul Al-QuranSemua Negeri. KECUALI Johor, Kedah, Melaka, N. Sembilan, Sabah, Sarawak
23 MacAhadHari Keputeraan Sultan JohorJohor
31 MacIsninHari Raya AidilfitriSemua Negeri

Kalendar Bulan April 2025

kalendar kuda april 2025

Maklumat Cuti Bulan April 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
1 AprilSelasaHari Raya Aidilfitri (Hari Kedua)Semua Negeri
18 AprilJumaatGood FridaySabah, Sarawak
26 AprilSabtuHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu

Kalendar Bulan Mei 2025

kalendar kuda mei 2025

Maklumat Cuti Bulan Mei 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
1 MeiKhamisHari PekerjaSemua Negeri
12 MeiIsninHari WesakSemua Negeri
17 MeiSabtuHari Ulang Tahun Keputeraan Raja PerlisPerlis
22 MeiKhamisHari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu BakarPahang
30 MeiJumaatPesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah, WP.Labuan
31 MeiSabtuPesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Hari KeduaSabah, WP.Labuan

Kalendar Bulan Jun 2025

kalendar kuda jun 2025

Maklumat Cuti Bulan Jun 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
1 JunAhadPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
2 JunIsninPerayaan Hari Gawai Dayak (Hari Kedua)Sarawak
2 JunIsninHari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongSemua Negeri
6 JunJumaatHari ArafahKelantan, Terengganu
7 JunSabtuHari Raya Korban (Haji) (Aidiladha)Semua Negeri
8 JunAhadHari Raya Korban (Haji) (Aidiladha)Semua Negeri
22 JunAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah
27 JunJumaatAwal Muharram (Maal Hijrah)Semua Negeri

Kalendar Bulai Julai 2025

kalendar kuda julai 2025

Maklumat Cuti Bulan Julai 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
7 JulaiIsninHari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang (Penang)
12 JulaiSabtuHari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau PinangPulau Pinang (Penang)
22 JulaiSelasaHari Kemerdekaan SarawakSarawak
30 JulaiRabuHari Keputeraan Sultan PahangPahang
31 JulaiKhamisHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor

Kalendar Bulan Ogos 2025

kalendar kuda ogos 2025

Maklumat Cuti Bulan Ogos 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
24 OgosAhadHari Jadi Yang di-Pertua Negeri MelakaMelaka
31 OgosAhadHari Kebangsaan (Kemerdekaan)Semua Negeri

Kalendar Bulan September 2025

kalendar kuda september 2025

Maklumat Cuti September 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
5 SeptJumaatHari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Semua negeri
16 SeptSelasaHari MalaysiaSemua Negeri
29 SeptIsninHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
30 SeptSelasaHari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua)Kelantan

Kalendar Bulan Oktober 2025

kalendar kuda oktober 2025

Maklumat Cuti Bulan Oktober 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
4 OktSabtuHari Jadi Yang Di-Pertua Negeri SabahSabah
11 OktSabtuHari Jadi Yang Di-Pertua Negeri SarawakSarawak
20 OktIsninHari DeepavaliSemua Negeri. KECUALI Sarawak

Kalendar Bulan November 2025

kalendar kuda november 2025

Maklumat Cuti Bulan November 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
7 NovJumaatHari Keputeraan Sultan PerakPerak

Kalendar Bulan Disember 2025

kalendar kuda disember 2025

Maklumat Cuti Disember 2025
TarikhHariCutiNegeri Bercuti
11 DecKhamisHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DecRabuChristmas EveSabah
25 DecKhamisHari KrismasSemua Negeri

Lampiran Senarai Cuti Panjang Tahun 2025

Berikut merupakan lampiran grafik yang memaparkan kandungan tarikh cuti panjang mengikut bulan bagi tahun 2025.

cuti panjang 2025

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).