Menu

Kalendar Tarikh Cuti Sekolah 2024-2025 Jadual Persekolahan

Artikel Kategori Kalendar Aktif Mengenai Perincian Tarikh Cuti Sekolah Rendah, Menengah Di Malaysia. Jadual Penggal Persekolahan, Kalendar Akademik 2024/2025.

Jadual penggal persekolahan atau Kalendar Akademik yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dokumen standard penting yang dijadikan sebagai panduan serta rujukan kepada semua guru-guru dalam melaksanakan semua pengurusan program persekolahan agar berjalan lancar dan sempurna.

Selain itu, data tarikh yang  dimasukkan dan ditetapkan dalam Jadual Penggal Persekolahan serta Kalendar Akademik juga amatlah berguna kepada ibu bapa mahupun penjaga bagi merancang aktiviti manfaat kepada anak jagaan masing-masing semasa dalam musim cuti sekolah terutamanya ketika berlangsungnya cuti penggal.

Kepentingan Kalendar Akademik 2024/2025

Kalendar akademik merupakan satu alat yang sangat penting dalam dunia pendidikan. Ia merupakan satu panduan yang memberikan maklumat mengenai jadual aktiviti akademik yang penting seperti tarikh cuti sekolah, tarikh peperiksaan dan tarikh-tarikh penting lain dalam sesuatu institusi pendidikan.

Kalendar akademik memainkan peranan yang amat penting dalam membantu pelajar, guru dan pihak pentadbir sekolah untuk merancang aktiviti sekolah dengan lebih efektif. Dengan adanya kalendar akademik, semua pihak dapat merancang masa belajar dan mengajar dengan lebih teratur dan sistematik. Antara kepentingan kalendar akademik adalah seperti berikut.

Menyediakan Panduan Tarikh Cuti Sekolah

Dengan adanya kalendar akademik, pelajar dan guru dapat merancang aktiviti luar sekolah dengan lebih baik dan mengurangkan kekeliruan berkaitan dengan tarikh cuti.

Memastikan Pelajar Buat Perancangan

Kalendar akademik dapat memastikan pelajar dapat merancang waktu belajar dengan lebih baik dan memastikan mereka tidak terlepas menjalani mana-mana ujian atau peperiksaan.

Merancang Program Dan Aktiviti Sekolah

Dengan kalendar akademik, mereka dapat merancang dan mengatur aktiviti sekolah dengan lebih teratur dan sistematik.

Sebagai Rujukan

Sebagai panduan untuk menyimpan rekod penting seperti tarikh-tarikh peperiksaan, tarikh penyerahan tugasan dan tarikh-tarikh penting lain. Ini membantu pelajar dan guru untuk sentiasa mengikuti jadual yang telah ditetapkan.

Kalendar akademik adalah alat yang sangat penting dalam dunia pendidikan. Ia membantu semua pihak dalam institusi pendidikan untuk merancang dan mengatur aktiviti dengan lebih baik supaya proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu, penting untuk semua pihak menghargai dan mengikut arahan yang terdapat dalam kalendar akademik untuk menjadikan persekitaran pendidikan lebih berkesan dan efisien.

Kalendar Persekolahan Akan Kembali Bermula Pada Bulan Januari Tahun 2026

Sejak pandemik yang melanda dunia sebelum ini, ia turut memberi kesan kepada tarikh awal persekolahan yang lazimnya bermula pada awal bulan Januari pada setiap tahun.

Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berusaha bagi mengembalikan semula sesi baharu awal persekolahan kepada bulan Januari iaitu bermula pada tahun 2026 nanti. Perkara ini sekali gus memenuhi permintaan ibu bapa yang mengharapkan tarikh awal persekolahan kembali bermula pada bulan Januari.

Tarikh Cuti Sekolah Dan Kalendar Akademik Sesi 2024-2025

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan kalendar akademik sesi 2024/2025 untuk edaran umum. Data yang terkandung adalah merangkumi tarikh mula persekolahan, tarikh akhir persekolahan, jumlah hari, minggu cuti penggal.

Kalendar akademik sesi 2024-2025 terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B berdasarkan negeri seperti berikut.

Kalendar Akademik 2024/2025 Kumpulan A

  • Sekolah-sekolah di negeri: Johor, Kedah, Terengganu Dan Kelantan

Kalendar Akademik 2024/2025 Kumpulan B

Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Cuti Sekolah Berdasarkan Cuti Perayaan 2024-2025

Dalam lampiran Kalendar Akademik sesi 2024/2025, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyenaraikan tambahan cuti bagi setiap perayaan umum di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Gawai Dayak, Pesta Kaamatan dan Hari Deepavali.

Lampiran Kalendar Akademik Sesi 2024/25

Berikut kami sertakan maklumat lengkap berhubung dengan jadual penggal persekolahan dan jadual cuti penggal persekolahan terkini serta cuti sambutan perayaan yang diperuntukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi akademik tahun 2024 / 2025.

Cuti Sekolah Kumpulan A

Kedah, Johor, Kelantan Dan Terengganu
ButiranTarikh Dan Jumlah Cuti
Cuti Penggal 124 Mei 2024 hingga 2 Jun 202410 Hari
Cuti Penggal 213 September 2024 hingga 21 September 20249 Hari
Cuti Penggal 320 Disember 2024 hingga 28 Disember 20249 Hari
Cuti Akhir Persekolahan17 Januari 2025 hingga 15 Februari 202530 Hari

kumpulan a cuti sekolah tahun 2024 2025

Cuti Sekolah Kumpulan B

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya
ButiranTarikh Dan Jumlah Cuti
Cuti Penggal 125 Mei 2024 hingga 2 Jun 20249 Hari
Cuti Penggal 214 September 2024 hingga 22 September 20249 Hari
Cuti Penggal 321 Disember 2024 hingga 29 Disember 20249 Hari
Cuti Akhir Persekolahan18 Januari 2025 hingga 16 Februari 202530 Hari

kumpulan b cuti sekolah tahun 2024 2025

Peruntukkan Cuti Perayaan

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).