Menu

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2024-2025 Online SMS

Kemaskini Artikel Aktif Mengenai Semakan Keputusan SPM 2024-2025 Online Dan SMS Merangkumi Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2024 Diumumkan Kementerian Pendidikan.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan antara salah satu titik tolak penting dalam hala tuju pendidikan seterusnya setiap pelajar lepasan SPM di Malaysia. Keputusan ini tidak hanya mempunyai impak terhadap kesinambungan pendidikan pelajar, tetapi juga boleh mempengaruhi peluang pekerjaan di masa depan.

Kepentingan Keputusan SPM

Setiap tahun, pelajar lepasan SPM di sekolah seluruh negeri menanti-nantikan keputusan peperiksaan SPM dengan harapan yang tinggi. Keputusan ini akan menentukan sama ada pelajar berkenaan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau mungkin terpaksa merancang alternatif lain dalam bidang pendidikan atau pekerjaan.

Bagi pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, ia adalah satu pencapaian yang membanggakan dan merupakan ganjaran atas usaha dan kesungguhan yang telah dilakukan sepanjang tempoh belajar. Keputusan yang cemerlang ini juga boleh membuka peluang kepada pelajar untuk memilih bidang pengajian yang mereka minati dan membantu mereka mencapai impian dan cita-cita masing-masing.

Pelajar Kurang Cemerlang SPM

Bagi pelajar yang mungkin tidak berjaya mencapai keputusan cemerlang yang diharapkan, jangan putus asa. Keputusan peperiksaan hanya merupakan sebahagian daripada perjalanan pendidikan yang panjang. Terdapat banyak peluang untuk meraih kejayaan di masa depan melalui pelbagai laluan pendidikan dan latihan.

Impak Keputusan SPM

Bagi ibu bapa, guru dan masyarakat secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan SPM juga menunjukkan keberkesanan sistem pendidikan negara. Melalui keputusan ini, kita dapat melihat kelemahan dan juga kelebihan sistem pendidikan yang ada untuk terus memperbaiki dan mengukuhkan lagi prestasi pendidikan di Malaysia.

Semakan Keputusan SPM 2024/2025 Secara Online Dan SMS

Keputusan peperiksaan SPM adalah satu perkara penting dalam kehidupan pelajar dan ia mempunyai impak yang agak besar dalam membentuk masa depan mereka. Oleh itu, sebagai pelajar, jadikan keputusan ini sebagai satu pengalaman pembelajaran dan motivasi untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan dalam kehidupan sekolah dan juga kehidupan selepas ini.

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2024 boleh mendapatkan keputusan masing-masing pada tarikh yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut kami sertakan maklumat penting mengenai keputusan SPM 2024 yang merangkumi bila tarikh keputusan dikeluarkan dan kaedah atau panduan untuk membuat semakan serta bagaimana mendapatkan slip (transkrip) keputusan yang lengkap.

Tarikh Keputusan SPM 2024 Diumumkan

Info Keputusan SPM 2024
PerkaraButiran
TarikhMei 2025
Hari
Masa10:00 Pagi
Tarikh rasmi keputusan SPM 2024 diumumkan akan dinyatakan dengan tepat sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Keputusan SPM 2024 Secara Online

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan dua mekanisme atau kaedah kepada calon-calon bagi tujuan mengetahui keputusan masing-masing dengan pantas iaitu dengan semakan secara dalam talian (online) dan perkhidmatan SMS.

Bagi calon-calon yang mahu mengetahui keputusan dengan menggunakan cara semakan secara online, sila klik pada pautan (link) dibawah.

Nota Editor: Laman sesawang (web) sistem semakan keputusan SPM secara online hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa keputusan dikeluarkan.

Semakan Keputusan SPM 2024 Secara SMS

Calon-calon boleh mengetahui ringkasan keputusan masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas Mysms 15888 dan sila rujuk kepada format seperti yang disertakan dibawah untuk tujuan penghantaran mesej.

  • Taip: SPM (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN seterusnya hantar SMS ke 15888
  • Contoh: SPM 990788035321 HG098A040 hantar SMS ke 15888

Cara Mendapatkan Slip Keputusan SPM 2024

  1. Calon Sekolah: Calon-calon boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan melalui sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada tarikh rasmi pengumuman keputusan.
  2. Calon Persendirian: Calon-calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat mendaftar peperiksaan sebelum ini.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).