Menu

Liga Super 2024-2025 Jadual Keputusan & Kedudukan Carta

Artikel Kategori Carta Bola Sepak Aktif Mengenai Jadual Dan Keputusan, Kedudukan Terkini Carta Liga Super Musim 2024-2025 Merangkumi Info Liga Super Malaysia.

Liga Super merupakan salah satu kejohanan liga bola sepak utama di Malaysia. Saingan Liga Super membabitkan pasukan dan kelab bola sepak di Malaysia yang memenuhi kriteria ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) bagi membolehkan setiap pasukan mempunyai kelayakan untuk bersaing merebut sebuah kejuaraan liga berprestij dalam kancah bola sepak tanah air.

Sejarah Penubuhan Liga Super

Kejohanan bola sepak Liga Super mula dirangka dan dipertandingkan secara sistematik pada tahun 2004 selepas daripada penganjuran awalnya iaitu pada tahun 1982.

Sejak penubuhan Liga Super Malaysia pada tahun 2004 yang lebih bersistematik, saingan Liga Super semakin meningkat popularitinya selain menjadi platform utama kepada pemain-pemain muda tempatan menonjolkan bakat serta membina reputasi sukan bola sepak Malaysia ke persada arena bola sepak antarabangsa.

Maklumat Liga Super 2024/25

Liga Super 2024/25 telah memasuki musim yang ke-21 sejak ia perkenalkan dengan menampilkan 13 pasukan yang berkelayakan selain menggunakan teknologi pembantu pengadil video (VAR) serta menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim selaku juara bertahan.

Format Pertandingan Liga Super 2024-25

Format kejohanan Liga Super Malaysia sama seperti Liga bola sepak terkemuka di dunia seperti Liga Perdana English iaitu setiap pasukan akan berentap sebanyak dua kali iaitu sekali di tempat sendiri dan sekali di tempat lawan sehingga mencukupi jumlah perlawanan setiap pasukan.

Juara Liga Super musim 2024/25 akan mewakili Malaysia untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Elit AFC 2025/26 (AFC Champions League Elite (ACLE)) manakala naib juara Liga Super pula layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 2025/26 AFC Champions League 2 (ACL2).

Liga Super Didominasi Pasukan Johor Darul Ta’zim

Sejak pembabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) trofi kejuaraan Liga Super tidak lagi bertukar tangan apabila pasukan ini terus mengenggam erat kejuaraan Liga Super sehingga sepuluh musim berturut-turut.

Kejayaan berterusan yang dimiliki oleh pasukan JDT membuatkan pemerhati bola sepak tempatan berharap sudah tiba masanya untuk pasukan lain berusaha lebih keras bagi memecahkan dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut termasuk gelaran domestik lain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim.

Kemaskini Keputusan Dan Kedudukan Carta Liga Super 2024/25

Berikut merupakan keputusan rasmi perlawanan serta kedudukan carta dan jadual terkini Liga Super Malaysia bagi musim 2024 yang akan dikemaskini pada tarikh hari perlawanan sepertimana yang telah dijadual berlangsung.

Tarikh Saingan Liga Super 2024-2025

Info Tarikh Liga Super 2024/25
MulaTamat
10 Mei 20242025

Senarai Pasukan Liga Super 2024/25

Berikut merupakan senarai 13 pasukan yang berkelayakan bertanding dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2024/25.

Senarai Pasukan Liga Super 2024/25
LogoPasukanLogoPasukan
jdt fcJohor Darul Ta’zimpdrm fcPDRM FC
selangor fcSelangor FCnegeri sembilan fcNegeri Sembilan FC
sabah fcSabah FCpenang fcPenang FC
kedah fcKedah Darul Amanperak fcPerak FC
sri pahang fcSri Pahang FCkelantan darul naimKelantan Darul Naim
terengganu fcTerengganu FCkuching city fcKuching City FC
kl city fcKuala Lumpur City FC

Kedudukan Terkini Carta Liga Super 2024/25

Info Kedudukan Terkini Carta Liga Super 2024/25
NoLSPasukanBPMSKJGGBPGMT
1jdt fcJDT FC8710284+2422
2selangor fcSelangor FC9612168+819
3terengganu fcTerengganu FC8431139+414
4sabah fcSabah FC84131213-113
5kuching city fcKuching City FC82511210+211
6kl city fcKL City FC83231010+011
7pdrm fcPDRM FC8323910-111
8penang fcPenang FC824298+110
9kedah fcKedah FC8323812-48
10sri pahang fcSri Pahang FC8143712-57
11perak fcPerak FC72051013-36
12negeri sembilan fcN.Sembilan FC8116819-114
13kelantan darul naimKelantan D.N8107418-143
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan
Perlawanan
MenangSeriKalahJaringan
Gol
Gol
Bolos
Perbezaan
Gol
Mata
AFC Champions League Elite (ACLE)AFC Champions League 2 (ACL2)

Jadual Keputusan Perlawanan Liga Super 2024/25

LS10 – Hari Perlawanan Terkini
Tarikh MasaTuan RumahKeputusan
(vs)
Pelawat
13 September – Jumaat
8:15PMJDTPenang FC
9:00PMSelangor FCKuching FC
14 September – Sabtu
5:30PMN.Sembilan FCPerak FC
9:00PMKL City FCKedah FC
15 September – Ahad
8:15PMSabah FCTerengganu FC
9:00PMSri Pahang FCPDRM FC
LS11 – Hari Perlawanan Seterusnya
Tarikh MasaTuan RumahKeputusan
(vs)
Pelawat
20 September – Jumaat
9:00PMKedah FCSri Pahang FC
21 September – Sabtu
5:30PMPDRM FCSabah FC
8:15PMPerak FCKL City FC
9:00PMTerengganuSelangor FC
22 September – Ahad
5:30PMPenang FCN.Sembilan FC
9:00PMKelantan D.NJDT

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).