Menu

Malaysia Hoki Trofi Juara Asia 2024: Jadual Keputusan & Carta

Artikel Kategori Sukan Aktif Mengenai Siaran Langsung Dan Live Streaming Malaysia Hoki Trofi Juara Asia 2024 Merangkumi Jadual Keputusan Serta Kedudukan Carta.

Pasukan hoki Malaysia atau lebih dikenali sebagai Speedy Tigers, kini bersiap sedia untuk menggalas cabaran besar dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2024. Kejohanan ini bukan sahaja merupakan pentas terpenting untuk hoki Asia tetapi juga menjadi medan bagi pasukan-pasukan terbaik benua ini untuk menunjukkan kebolehan mereka. Dengan kejayaan sepertimana yang telah dibuktikan, Speedy Tigers berpeluang untuk mencatatkan sejarah kejayaan baharu di pentas ini.

Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2024: Pasukan Malaysia

Saingan Trofi Juara-Juara Asia (Asian Champions Trophy) adalah medan yang ideal untuk Speedy Tigers menyerlahkan kehebatan mereka. Dengan semangat berpasukan, disiplin dan dedikasi, tiada yang mustahil bagi memperoleh kejayaan.

Dalam menghadapi cabaran kejohanan hoki Trofi Juara-Juara Asia, Speedy Tigers telah menjalani pelbagai program latihan intensif dan perlawanan persahabatan. Jurulatih pasukan yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia hoki telah merancang strategi dan taktik yang sesuai untuk menghadapi lawan. Pemain-pemain muda berbakat turut diserap ke dalam pasukan utama bagi meningkatkan lagi prestasi.

Format dan Pelaksanaan Hoki Trofi Juara-Juara Asia

Saingan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2024 telah memasuki edisi ke-8. Kejohanan ini membabitkan enam pasukan terbaik Asia yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Asia. Kejohanan ini menyaksikan Moqi, China menjadi tuan rumah pada edisi kali ini bermula pada 8 hingga 17 September 2024. Berikut adalah ringkasan format kejohanan;

  • Enam pasukan hoki terbaik Asia iaitu India, Korea Selatan, Malaysia, Pakistan, Jepun dan China dihimpunkan dalam satu kumpulan liga yang dimainkan secara round robin tunggal (satu perlawanan dengan setiap lawan).
  • Pasukan yang berjaya menduduki tempat pertama hingga keempat akan mara ke peringkat separuh yang dimainkan secara kalah mati.
  • Dua pasukan yang berjaya di peringkat separuh akhir akan mara ke perlawanan akhir manakala pasukan yang tewas akan berentap dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.
  • Pasukan yang berada di kedudukan kelima dan keenam akan bersaing bagi merebut tempat kelima.

Pemain-Pemain Utama Hoki Malaysia

pemain hoki malaysia

Gambar: Facebook Rasmi Malaysian Hockey Confederation

Speedy Tigers memiliki barisan pemain yang berpengalaman dan berbakat. Antara pemain utama yang menjadi tumpuan adalah kapten pasukan yang dikenali dengan kepimpinan dan kebolehan teknikalnya di padang. Selain itu, kehadiran pemain muda yang penuh semangat dan agresif juga memberi nafas baru kepada pasukan. Kombinasi pemain berpengalaman dan muda ini diharapkan dapat memberi impak besar dalam kejohanan ini. Penjaga gol yang tangkas dan pertahanan yang mantap, serta jentera serangan yang cekap adalah ramuan penting untuk kejayaan pasukan.

Rintangan dan Cabaran

Namun, perjalanan ke arah kejayaan tidak pernah mudah. Speedy Tigers dijadualkan berdepan dengan pasukan-pasukan handalan dari Asia. Setiap pasukan mempunyai kekuatan tersendiri dan strategi yang berbeza. Oleh itu, Speedy Tigers perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi setiap cabaran lawan dalam kejohanan ini.

Dengan persediaan yang rapi dan semangat juang yang tinggi, Speedy Tigers bersedia untuk membuktikan bahawa mereka adalah antara yang terbaik di Asia. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menunjukkan kebolehan mereka, tetapi juga sebagai langkah untuk mengharumkan nama Malaysia menerusi sukan hoki.

Live Streaming Malaysia Hoki Juara-Juara Asia 2024

Radio Televisyen Malaysia (RTM), mempunyai peranan penting dalam mempromosikan sukan tempatan serta menyediakan platform untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan penting secara langsung. Siaran langsung kejohanan ini bukan hanya membolehkan peminat hoki mengikuti setiap aksi di padang, tetapi juga mengeratkan hubungan masyarakat menerusi arena sukan.

Berita baik buat penyokong Speedy Tigers di tanah air, apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menyiarkan aksi kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia secara siaran langsung di saluran sukan RTM dan RTM TV Okey serta secara live streaming menerusi laman web penstriman rasmi RTMklik di pautan berikut;

  • https://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm
  • https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey

Jadual & Keputusan, Kedudukan Carta Malaysia Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2024

Pasukan hoki Malaysia, Speedy Tigers pastinya sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (Asian Champions Trophy) . Dengan semangat juang yang tinggi dan sokongan padu daripada rakyat Malaysia, tiada yang mustahil bagi pasukan ini untuk meraih kejayaan. Setiap detik, setiap perlawanan adalah peluang untuk kejayaan baharu dalam dunia hoki.

Dalam pada itu, peminat dan penyokong Speedy Tigers boleh mendapatkan semua maklumat kejohanan berdasarkan keputusan rasmi serta kedudukan carta dan jadual terkini Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2024 membabitkan kesemua pasukan, dikemaskini secara siaran langsung atau live streaming pada tarikh atau hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung.

Senarai Pasukan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2024

Berikut merupakan senarai enam pasukan yang bertanding dalam saingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2024 edisi ke-8.

Senarai Pasukan
PasukanPasukan
bendera india Indiabendera pakistan Pakistan
bendera korea South Koreabendera japan Japan
bendera malaysia Malaysiabendera china China

Kedudukan Terkini Carta Hoki Juara-Juara Asia 2024

Info Kedudukan Terkini Carta Hoki Juara-Juara Asia 2024
NoHAPasukanBPMSKJGGBPGMT
1bendera indiaIndia5500214+1715
2bendera pakistanPakistan5221128+48
3bendera koreaSouth Korea51311415-16
4bendera chinaChina5203913-46
5bendera malaysiaMalaysia51221321-85
6bendera japanJapan50141119-81
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan
Perlawanan
MenangSeriKalahJaringan
Gol
Gol
Bolos
Perbezaan
Gol
Mata
Mara Ke Separuh AkhirPenentuan Tempat Ke-5

Jadual Perlawanan Hoki Juara-Juara Asia 2024 & Keputusan

Jadual Penuh & Keputusan Perlawanan Liga (Pungutan Mata)
Tarikh MasaPasukanKeputusan
(vs)
Pasukan
8 September – Ahad
1:30PMS.Korea bendera korea55bendera japan Japan
3:45PMMalaysia bendera malaysia22bendera pakistan Pakistan
6:00PMIndia bendera india30bendera china China
9 September – Isnin
1:30PMS.Korea bendera korea22bendera pakistan Pakistan
3:45PMIndia bendera india51bendera japan Japan
6:00PMChina bendera china42bendera malaysia Malaysia
11 September – Rabu
1:30PMPakistan bendera pakistan21bendera japan Japan
3:45PMMalaysia bendera malaysia18bendera india India
6:00PMChina bendera china23bendera korea S.Korea
12 September – Khamis
1:30PMJapan bendera japan45bendera malaysia Malaysia
3:45PMS.Korea bendera korea13bendera india India
6:00PMPakistan bendera pakistan51bendera china China
14 September – Sabtu
1:30PMMalaysia bendera malaysia33bendera korea S.Korea
3:45PMIndia bendera india21bendera pakistan Pakistan
6:00PMJapan bendera japan02bendera china China
Jadual & Keputusan Perlawanan Penentuan Tempat Ke-5
Tarikh MasaPasukanKeputusan
(vs)
Pasukan
16 September – Isnin
1:00PMMalaysia bendera malaysia4(2)4(4)bendera japan Japan
Jadual & Keputusan Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3
Tarikh MasaPasukanKeputusan
(vs)
Pasukan
17 September – Selasa
3:30PMPakistan bendera pakistan52bendera korea S.Korea

Carta Separuh Akhir dan Final

Carta Jadual & Keputusan
Separuh AkhirFinal
16 Sept – 3:30PM
bendera pakistan Pakistan1(0)
17 Sept – 6PM
bendera china China1(2)
bendera china China0
16 Sept – 6:00PM
bendera india India1
bendera india India4
bendera korea S.Korea1
Kedudukan Akhir Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2024
KedudukanPasukan
pingat emas Juarabendera india India
pingat perak Naib Juarabendera china China
pingat gangsa Ketigabendera pakistan Pakistan
Keempatbendera korea South Korea
Kelimabendera japan Japan
Keenambendera malaysia Malaysia

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).