Menu

Permohonan MRSM 2025 Tingkatan 1 & 4 Kemasukan Terkini

Artikel Ini Memaparkan Kemaskini Aktif Mengenai Maklumat Permohonan MRSM Tahun 2025 Bagi Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Dan 4 Terkini Dan Perkara Berkaitan.

Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan salah satu langkah penting bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). MRSM merupakan institusi pendidikan memfokuskan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

Menerusi Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) ia menawarkan beberapa bidang pengajian berkaitan sebagai asas objektif utama penubuhannya iaitu mahu melahirkan pelajar-pelajar bumiputera mendalami serta meneroka ilmu pengetahuan berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menariknya, sistem pendidikan MRSM menerapkan elemen-elemen pembelajaran melalui research-based dan individualized learning sekaligus mendedahkan pelajar kepada kemahiran-kemahiran tertentu yang akan memberi peluang kepada mereka meneroka potensi diri berdasarkan minat dan bakat yang ada pada diri mereka.

Sistem Pendidikan MRSM (Sekolah Menengah Rendah Sains MARA) merupakan salah satu sistem pendidikan yang telah lama diperkenalkan di Malaysia. MRSM adalah sekolah berasrama penuh yang memberikan penekanan kepada pembangunan akademik, tahap kecergasan fizikal dan juga kemahiran insaniah kepada pelajar. Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) ini memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar-pelajar Malaysia mendapat pendidikan yang berkualiti dan seimbang. Antara kepentingan yang ditawarkan oleh SPMRSM adalah seperti berikut.

Pendedahan Ilmu Berkualiti Tinggi

MRSM dikenali sebagai sekolah yang menfokuskan kepada bidang pendidikan berkualiti tinggi. Pelajar akan diajar oleh guru-guru yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang tersebut, membantu mereka memahami dan menguasai mata pelajaran tersebut dengan lebih baik.

Pembangunan Kemahiran Insaniah

Selain aspek akademik, SPMRSM juga memberikan penekanan kepada pembangunan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerjasama dan komunikasi. Ini membolehkan pelajar menjadi individu yang lebih berdaya saing dan dapat berinteraksi dengan lebih baik dalam masyarakat.

Pembudayaan Disiplin Dan Tanggungjawab

Kehadiran dalam persekitaran berasrama penuh membuatkan pelajar harus menjadi lebih disiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga kepada komuniti sekolah. Ini membantu membentuk sikap kerja keras dan komitmen yang diperlukan dalam mencapai kejayaan.

Peluang Meningkatkan Potensi Akademik

Dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang disediakan di MRSM, pelajar mendapat peluang luas untuk mengekspresikan bakat mereka dan meningkatkan potensi akademik masing-masing. Ini termasuklah sukan, seni, debat, dan banyak lagi yang akan membolehkan pelajar menemui minat serta bakat yang mereka ada.

Jaringan Dan Hubungan Sosial

Sistem Pendidikan MRSM juga memberikan peluang kepada pelajar untuk membina jaringan dan hubungan sosial yang luas. Dengan berinteraksi dengan pelajar dari pelbagai latar belakang, pelajar dapat memperluaskan horizon mereka dan memahami budaya serta nilai yang berbeza.

Objektif Pendidikan MRSM

Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) telah memainkan peranan yang penting dalam membangunkan potensi pelajar Malaysia. Dengan memberi penekanan kepada pembangunan akademik, kemahiran insaniah, serta disiplin dan tanggungjawab, pelajar yang melalui sistem pendidikan ini akan memiliki kelebihan yang unggul dalam menghadapi cabaran masa depan.

Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan antara lain objektifnya adalah seperti berikut:

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, kompetitif, inovatif, kreatif dan mampu bersaing di peringkat global.
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sahsiah dan memiliki ciri-ciri UlulAlbab.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan diri (daya tahan, daya saing dan daya juang) dan memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan.

Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan 4 Tahun 2025

Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di MRSM, permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Calon-calon yang ingin memohon perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MRSM seperti memiliki keputusan peperiksaan yang memuaskan, mempunyai pencapaian cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum, serta mempunyai hasrat dan komitmen untuk menimba ilmu dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Proses Pemilihan Permohonan Pelajar MRSM

Proses pemilihan calon-calon untuk mendapat tempat MRSM adalah melalui ujian kelayakan, temuduga, serta penilaian prestasi akademik dan ko-kurikulum. Calon-calon yang berjaya dipilih akan diberikan tempat di salah satu daripada MRSM yang terdapat di seluruh Malaysia.

Kelebihan Mendapat Pendidikan Di MRSM

MRSM menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti kokurikulum yang dapat membantu pelajar mengembangkan bakat dan potensi mereka. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran di MRSM berfokus kepada pembangunan kemahiran berfikir kritis, kreativiti, serta kemahiran berkomunikasi yang penting untuk menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran masa depan.

Cara Permohonan MRSM 2025 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Permohonan untuk masuk ke MRSM adalah peluang yang sangat baik untuk pelajar yang berminat dalam bidang sains dan teknologi. Dengan persediaan yang mencukupi dan keazaman yang tinggi, peluang untuk berjaya dalam pelajaran di MRSM adalah sangat besar. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan teruskan usaha anda untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut kami sertakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Permohonan MRSM 2025 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 merangkumi kemaskini perkara-perkara penting yang berkaitan.

Tarikh Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2025 Dibuka

ButiranTarikh
Dibuka6 Ogos 2024
Ditutup6 September 2024
Tarikh permohonan dibuka dan ditutup yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

iklan permohonan mrsm 2025 terkini

Panduan Ringkas Dan Lengkap Permohonan MRSM

  • Sila layari laman sistem rasmi permohonan MRSM 2025 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, klik pada pautan (link) https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm.
  • Sistem Permohonan MRSM bagi kemasukan tahun 2025 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan.
  • Sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan MRSM, pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan ke MRSM, pautan daftar pengguna disertakan di laman sistem permohonan yang sama.
  • Selepas pemohon berjaya mendaftar sebagai pengguna dan mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online MRSM dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan.
  • Semua maklumat lengkap seperti cara membuat permohonan dan buku panduan permohonan serta syarat kelayakan kemasukan MRSM 2025 disertakan di laman sistem yang sama.

Syarat Asas Permohonan MRSM

  • Kemasukan ke MRSM mewajibkan semua calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat calon. UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian. Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab pula diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.
  • Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • Pemohon disarankan membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM dilaksanakan dengan lancar.
  • Lihat Juga: Maklumat Lengkap Syarat Dan Pilihan Program MRSM

Maklumat Lanjut Permohonan MRSM

Sekiranya pemohon menghadapi masalah dan mempunyai pertanyaan mengenai Permohonan Kemasukan ke MRSM 2025, sila layari (klik) judul pautan (link) berikut:

  1. Facebook Rasmi Majlis Amanah Rakyat
  2. Laman Web Rasmi MARA

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).