Menu

Permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 Dan 4 Kemasukan Terkini

Artikel Memaparkan Kemaskini Aktif Mengenai Maklumat Permohonan SBP Atau Sekolah Khusus Kemasukan Pelajar Tahun 2025 Tingkatan 1 Dan 4 Dan Perkara Berkaitan.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Sekolah Khusus) merupakan sebuah institusi pendidikan Sekolah Menengah yang memberikan peluang kepada pelajar untuk tinggal dan belajar di asrama dengan menyediakan suasana persekolahan yang lebih teratur, terkawal dan kondusif bagi melahirkan pelajar cemerlang ke arah modal insan berkualiti.

Kelebihan Sekolah Berasrama Penuh

Salah satu kelebihan Sekolah Berasrama Penuh adalah pelajar dapat belajar dalam suasana yang terkawal dan teratur. Mereka juga mendapat lebih banyak peluang untuk menyertainya dalam pelbagai aktiviti kokurikulum seperti sukan, seni, dan keagamaan. Selain itu, kehidupan berasrama juga membantu pelajar mengembangkan kemahiran asas, disiplin, dan bertanggungjawab.

Sekolah Berasrama Penuh juga menyediakan penginapan, makanan, dan kemudahan asas lain untuk pelajarnya. Ini membantu mengurangkan beban kewangan keluarga pelajar, terutama bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah.

Cabaran Persekitaran Sekolah Berasrama Penuh

Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran dalam persekitaran Sekolah Berasrama Penuh dimana pelajar perlu belajar menguruskan masa mereka dengan bijak antara pembelajaran, kokurikulum, dan rehat. Mereka juga perlu berdikari dalam menangani masalah harian seperti mencuci pakaian dan menjaga kebersihan peribadi.

Sekolah Berasrama Penuh Pilihan Pendidikan

Secara keseluruhannya, Sekolah Berasrama Penuh merupakan pilihan pendidikan yang baik untuk pelajar yang menginginkan pengalaman belajar yang berbeza daripada sekolah harian. Ia membantu melatih pelajar menjadi lebih mandiri dan mengembangkan potensi diri mereka dalam pelbagai bidang. Dengan itu, Sekolah Berasrama Penuh adalah sebuah tempat yang mampu membentuk individu yang berjaya dan berdaya saing.

Permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Sebagai makluman, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) akan membuka sistem permohonan secara dalam talian (online) Sekolah Berasrama Penuh bagi kemasukan murid-murid tingkatan 1 dan pelajar tingkatan 4 pengambilan tahun 2025.

Berikut kami sertakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Permohonan SBP 2025 bagi kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4 serta perkara-perkara yang berkaitan sekiranya perlu.

Tarikh Permohonan SBP 2025 Dibuka

DibukaDitutup
1 Ogos 20248 September 2024
Tarikh permohonan dibuka dan ditutup sepertimana dinyatakan adalah tepat (rasmi) berdasarkan pengumuman dan iklan permohonan yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

permohonan sbp sekolah khusus 2025

Ringkasan Panduan Permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Berikut merupakan panduan ringkas dan tepat untuk membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sila layari laman sistem rasmi permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, klik pada pautan (link) di bawah.

Permohonan Tingkatan 1 SBP 2025

Permohonan Tingkatan 4 SBP 2025

  1. Sistem Permohonan SBP bagi kemasukan tahun 2025 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan.
  2. Ibubapa / Penjaga dan Pemohon boleh mendapatkan semua maklumat lanjut berhubung dengan Panduan Permohonan di dalam laman Sistem Permohonan SBP tersebut.

Syarat Asas Permohonan SBP

Syarat Asas Kelayakan Kemasukan SBP 2025 Tingkatan 1 adalah seperti berikut:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Merupakan murid Tahun 6 yang berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK).
  • Murid yang sihat tubuh badan.
  • Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum.

Syarat Asas Kelayakan Kemasukan SBP 2025 Tingkatan 4 adalah seperti berikut:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Merupakan murid tingkatan tiga dan telah didaftarkan dalam Modul Pengurusan Murid.
  • Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK).
  • Murid yang sihat tubuh badan.
  • Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum.

Sila layari juga Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).