Menu

Jumlah Pungutan Pingat Malaysia Sukan Olimpik 2024 Terkini

Kemaskini Aktif Kutipan Atau Pungutan Pingat Emas, Perak Dan Gangsa Terkini Atlet Malaysia Di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 Dan Senarai Pemenang Pingat.

Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1964 dan semenjak itu Malaysia telah meraih beberapa kejayaan yang dirumuskan sebagai pencapaian cemerlang. Pungutan pingat Emas, Perak atau Gangsa merupakan pencapaian yang paling tinggi bagi atlet-atlet yang berjaya membawa cabaran Malaysia di temasya sukan Olimpik.

Jumlah Kutipan Pingat Emas, Perak Dan Gangsa Malaysia Di Sukan Olimpik

Sepanjang pembabitan atlet Malaysia yang layak bersaing di temasya sukan Olimpik sejak tahun 1964, secara keseluruhannya atlet Malaysia berjaya meraih 8 pingat Perak dan 13 pingat Gangsa namun Malaysia masih belum pernah meraih pingat Emas.

Sukan Olimpik 2024 Paris

Sukan Olimpik merupakan temasya sukan terbesar dunia kini kembali bagi edisi ke-33 bagi tahun 2024 di Paris, Perancis akan membuka tirai persaingan bermula pada 26 Julai 2024 dengan membabitkan atlet-atlet dari negara yang layak bertanding dengan membawa satu matlamat utama iaitu mahu mengharumkan nama negara masing-masing melalui arena sukan antarabangsa.

Jumlah Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024

Bagi temasya sukan Olimpik 2024 di Paris, Malaysia diwakili oleh 26 atlet dalam 10 jenis sukan yang layak disertai. Sepuluh jenis sukan tersebut adalah Angkat Berat, Badminton, Golf, Berbasikal, Pelayaran, Memanah, Menembak, Terjun, Olahraga dan Renang.

Pencapaian Terbaik Atlet Malaysia Sukan Olimpik

Pencapaian yang disifatkan terbaik bagi atlet Malaysia sepanjang tempoh penyertaan di temasya Olimpik adalah pada sukan Olimpik 2016 Rio Brazil apabila berjaya membawa pulang lima pingat iaitu 4 pingat perak ( 3 badminton, 1 terjun) dan 1 pingat gangsa menerusi sukan berbasikal.

Senarai Penuh Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2024

Berikut merupakan senarai penuh atlet Malaysia yang layak membawa cabaran negara menerusi acara sukan masing-masing di sukan Olimpik, Paris Perancis 2024.

Senarai Penuh Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024
SukanAtletAcara / Kategori
MemanahAriana Nur Dania Mohamad ZairiIndividu Wanita & Berpasukan
Nurul Azreena Fazil
Syaqiera Mashayikh
BerbasikalMohd Azizulhasni AwangKeirin & Pecut Lelaki
Muhammad Shah Firdaus SahromKeirin & Pecut Lelaki
Nurul Izzah Izzati Mohd AsriKeirin & Pecut Wanita
Nur Aisyah Mohamad ZubirLumba Jalan Raya Wanita
TerjunBertrand Rhodict Lises10m Platform Individu Lelaki
Nur Dhabitah Sabri3m Papan Anjal Individu Wanita
PelayaranNur Shazrin Mohd LatifILCA 6 wanita
Khairulnizam AfendyILCA 7 lelaki
MenembakJohnathan Wong10m Air Pistol Lelaki
BadmintonLee Zii JiaPerseorangan Lelaki
Aaron ChiaBeregu Lelaki
Soh Wooi Yik
Goh Jin WeiPerseorangan Wanita
Pearly TanBeregu Wanita
Thinaah Muralitharan
Chen Tang JieBeregu Campuran
Toh Ee Wei
Angkat BeratAniq Kasdan61kg Lelaki
GolfGavin GreenIndividu Lelaki
Ashley LauIndividu Wanita
OlahragaMuhd Azeem Fahmi100m Lelaki
RenangKhiew Hoe Yean400m Gaya Bebas Lelaki
Tan Rou Xin100m Kuak Dada Wanita

Statistik Kutipan Pingat Emas, Perak Dan Gangsa Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2024

Statistik Pungutan Pingat Terkini Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024
Sukanpingat emas
Emas
pingat perak
Perak
pingat gangsa
Gangsa
Jumlah
Badminton0022
Berbasikal0000
Memanah0000
Terjun0000
Menembak0000
Pelayaran0000
Angkat Berat0000
Golf0000
Renang0000
Olahraga0000
pingat emaspingat perakpingat gangsaJumlah
Jumlah Keseluruhan0022
Ranking Pungutan Pingat80
Kedudukan Malaysia Dalam Ranking Pungutan Pingat Sukan Olimpik Paris 2024
RankPingat EmasPingat PerakPingat GangsaJumlah Pingat
800022
Senarai Atlet Malaysia Berjaya Memenangi Pingat Di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024
MedalAtletSukanAcara
pingat gangsaAaron Chia
Soh Wooi Yik
BadmintonBeregu Lelaki
pingat gangsaLee Zii JiaBadmintonPerseorangan Lelaki

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).