Menu

Pungutan Pingat SUKMA 2024 Emas Perak Gangsa Terkini

Kemaskini Aktif Mengenai Info Jumlah Pungutan Pingat Emas Perak Gangsa SUKMA 2024 Sarawak Terkini Serta Kedudukan Carta Kutipan Pingat Setiap Negeri.

Sukan Malaysia atau SUKMA bagi tahun 2024 edisi ke-21 pasti menjadi satu temasya sukan yang penuh dengan cabaran kepada para atlet-atlet seluruh negeri di Malaysia dan dijangka akan menarik minat para pencinta sukan tanah air.

SUKMA 2024 Platform Mencungkil Bakat Muda

SUKMA 2024 pasti akan menjadi platform terbaik bagi atlet muda Malaysia untuk menunjukkan bakat dan kemahiran mereka dalam pelbagai acara bidang sukan. Dengan persaingan yang sengit di setiap disiplin dan acara sukan, para atlet diharapkan dapat memberikan yang terbaik dan membawa pulang kilauan pingat emas, perak atau gangsa bagi setiap kontinjen negeri masing-masing.

Objektif Penganjuran SUKMA

Berikut adalah antara objektif Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA);

  1. Mempertingkatkan Mutu Sukan Atlet Remaja Di Peringkat Negeri.
  2. Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti jurulatih, pegawai teknikal dan pentadbiran sukan.
  3. Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baharu serta membaik pulih kemudahan-kemudahan sedia ada.
  4. Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
  5. Meningkatkan intergrasi nasional.

Peranan Penting Penganjuran SUKMA

Penganjuran SUKMA 2024 juga memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan di Malaysia. Ia membantu memperkukuhkan infrastruktur sukan di pelbagai negeri dan menyumbang kepada peningkatan kecekapan atlet-atlet negara dalam pelbagai bidang acara sukan yang dipertandingkan.

Secara kesimpulannya, penganjuran SUKMA 2024 adalah satu acara temasya sukan yang penting untuk mengukuhkan dan meningkatkan kualiti sukan di Malaysia. Ia memberi peluang kepada atlet-atlet muda untuk menunjukkan potensi mereka dan memperjuangkan kejayaan negara dalam bidang sukan. Semoga SUKMA 2024 akan menjadi satu acara yang berjaya dan menghasilkan atlet-atlet yang cemerlang bagi negara.

Negeri Sarawak Tuan Rumah SUKMA 2024

venue sukma sarawak 2024

Sarawak menjadi negeri tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi ke-21 tahun 2024 bertemakan moto ‘Semangat Perpaduan Membara’ dengan membabitkan sembilan bahagian daerah seluruh Sarawak iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. Kali terakhir negeri Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA adalah pada tahun 2016 (edisi ke-18).

Maskot Rasmi SUKMA Sarawak 2024

Sarawak telah memilih burung enggang atau burung kenyalang yang diberi nama Satria dan Satrina sebagai Maskot rasmi dalam penganjuran SUKMA 2024.

maskot sukma sarawak 2024

Senarai 16 Sukan Wajib SUKMA

Terdapat 16 sukan wajib dalam penganjuran Sukan Malaysia iaitu Akuatik, Badminton, Berbasikal, Bola Sepak, Gimnastik, Hoki, Karate, Boling Padang (Lawn Bowls), Memanah, Menembak, Olahraga, Pelayaran, Pencak Silat, Skuasy, Tenpin Boling dan Wushu.

Jumlah Acara Sukan SUKMA 2024

Temasya SUKMA Sarawak 2024 melibatkan 488 acara dalam 37 jenis sukan dipertandingkan merangkumi 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran atau terbuka dimana bola sepak terlebih dahulu membuka tirai persaingan sebelum berlangsungnya upacara pembukaan rasmi SUKMA 2024.

Tarikh Rasmi Pembukaan Dan Penutup Temasya Sukan Malaysia SUKMA 2024 Sarawak
PembukaanPenutup
17 Ogos 202424 Ogos 2024

pingat sukma sarawak 2024

Jumlah Kutipan & Kedudukan Pingat SUKMA 2024 Terkini Atlet Setiap Negeri

Sebagai makluman kepada peminat sukan tanah air, penulis dan editor infoactivehub akan merekodkan senarai atlet yang menyumbangkan pingat Emas, Perak dan Gangsa bagi negeri masing-masing dan juga mengemaskini carta kedudukan jumlah kutipan pingat keseluruhan yang diraih oleh negeri bertanding sehingga tamat temasya Sukan SUKMA 2024 berdasarkan keputusan rasmi Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan pihak penganjur (tuan rumah) SUKMA Sarawak 2024.

Berikut adalah carta yang memaparkan statistik jumlah pungutan pingat Emas, Perak Dan Gangsa SUKMA secara keseluruhan dan kedudukan kontinjen negeri.

(Dikemaskini) Statistik Jumlah Pungutan Pingat SUKMA 2024 Keseluruhan Dan Kedudukan Carta Mengikut Negeri
NoNegeripingat emas
Emas
pingat perak
Perak
pingat gangsa
Gangsa
Jumlah
1bendera sarawak Sarawak765570201
2bendera wilayah persekutuan W.Persekutuan756572212
3bendera selangor Selangor566461181
4bendera penang Pulau Pinang414552138
5bendera terengganu Terengganu413647124
6bendera johor Johor354258135
7bendera perak Perak353857130
8bendera sabah Sabah293655120
9bendera pahang Pahang23213276
10bendera kedah Kedah21192868
11bendera negeri sembilan N.Sembilan19132456
12bendera melaka Melaka17233070
13bendera perlis Perlis12151643
14bendera kelantan Kelantan7131737
15bendera brunei Brunei2237
Kemaskini terakhir kutipan Terkini Pingat SUKMA 2024 adalah pada: Sabtu, 24 Ogos 2024 – Jam 10:10PM

sarawak juara sukma 2024

Sarawak Juara Keseluruhan SUKMA 2024

Sukan Malaysia, SUKMA bagi tahun 2024 edisi ke-21 telahpun melabuh tirai persaingan dengan menyaksikan kontinjen tuan rumah, Sarawak muncul Juara keseluruhan apabila meraih 76 Pingat Emas utama serta 55 Pingat Perak dan 70 Pingat Gangsa menjadikan jumlah keseluruhan 201 pungutan pingat. Tahniah Sarawak!

Sebagai rekod, kejayaan Sarawak muncul Juara Keseluruhan SUKMA 2024 merupakan kali yang keempat selepas pernah muncul juara pada edisi sebelum ini iaitu 1990, 1992 dan 1994.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).