Menu

Panduan & Cara Renew Lesen Memandu Online Guna Apps MyJPJ

Artikel Kategori Informasi Aktif Mengenai Panduan Dan Cara Renew Lesen Memandu Online Dengan Mudah Guna Aplikasi (Apps) MyJPJ. Jabatan Pengangkutan Jalan.

Di era digital sekarang, pelbagai urusan harian dapat dilakukan dengan lebih mudah dan efisien hanya melalui hujung jari. Salah satu urusan yang kini dapat dipermudahkan adalah proses pembaharuan lesen memandu. Untuk itu, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memperkenalkan aplikasi MyJPJ yang turut membolehkan kita memperbaharui lesen memandu secara online (Lesen Memandu Digital (e-LMM)) , tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat kaunter JPJ atau rakan niaga JPJ, Pos Malaysia mahupun MyEG.

Cara Memperbaharui Lesen Memandu Secara Online Guna Aplikasi MyJPJ

Memperbaharui lesen memandu tidak lagi menjadi satu bebanan dengan adanya aplikasi MyJPJ. Semua urusan boleh dilakukan secara dalam talian dengan hanya beberapa langkah mudah. Dengan kemudahan ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa, tetapi juga memastikan proses berjalan dengan lebih lancar dan efisien.

Apa Itu Aplikasi MyJPJ?

Aplikasi MyJPJ adalah satu platform digital yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia dalam menguruskan urusan berkaitan pengangkutan jalan. Bukan sahaja membolehkan anda memperbaharui lesen memandu, aplikasi ini juga menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti semakan status kenderaan, pembayaran saman, dan pengesahan maklumat pemandu.

Kelebihan Menggunakan MyJPJ

Menggunakan aplikasi MyJPJ untuk memperbaharui lesen memandu anda mempunyai banyak kelebihan, antaranya;

  • Kemudahan Akses: Anda boleh mengakses aplikasi ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja, asalkan mempunyai sambungan internet.
  • Menjimatkan Masa: Tidak perlu beratur panjang di pejabat JPJ. Proses pembaharuan boleh dilakukan dalam beberapa langkah sahaja.
  • Transaksi Selamat: Pembayaran untuk pembaharuan lesen memandu boleh dilakukan secara dalam talian, menjadikan transaksi lebih selamat dan mudah.
  • Satu Platform: Semua urusan berkaitan pengangkutan jalan boleh dilakukan dalam satu aplikasi.

infografik daftar aplikasi myjpj

infografik renew lesen memandu myjpj

Langkah-Langkah Memperbaharui Lesen Memandu Melalui MyJPJ

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti untuk memperbaharui lesen memandu melalui aplikasi MyJPJ;

Langkah 1: Muat Turun dan Daftar Aplikasi MyJPJ

  1. Muat Turun Aplikasi: Aplikasi MyJPJ yang rasmi (Official) boleh dimuat turun melalui Google Play Store untuk pengguna Android dan Apple App Store untuk pengguna iOS.
  2. Daftar Akaun: Setelah memuat turun aplikasi, buka aplikasi tersebut dan daftarkan akaun anda. Masukkan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, dan alamat emel.

Langkah 2: Log Masuk ke Akaun MyJPJ

Setelah mendaftar, log masuk ke akaun MyJPJ anda menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah anda buat.

Langkah 3: Pilih Menu Pembaharuan Lesen

  1. Setelah berjaya log masuk, cari dan pilih menu ‘Pembaharuan Lesen Memandu’ di antara pilihan yang disediakan.
  2. Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat lesen memandu anda seperti nombor lesen dan jenis lesen yang ingin diperbaharui.

Langkah 4: Semak Maklumat dan Bayaran

  1. Semak semula maklumat yang dimasukkan untuk memastikan semuanya tepat.
  2. Setelah itu, anda akan di arahkan untuk membuat pembayaran. Aplikasi MyJPJ membolehkan anda untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit, atau menggunakan perbankan dalam talian.

Langkah 5: Pengesahan dan Penerimaan

  1. Setelah pembayaran disahkan, anda akan menerima notis pengesahan melalui aplikasi.
  2. Lesen memandu anda yang telah diperbaharui boleh di ambil di pejabat JPJ sekiranya anda setuju dengan mod pilihan lesen memandu fizikal.

Bagi mendapatkan kefahaman lebih jelas anda boleh rujuk kepada infografik sepertimana yang dilampirkan di atas ataupun menonton video Tutorial Cara Daftar Akaun MyJPJ Sebagai Pengguna Baru dan Tutorial Cara Renew Lesen Memandu Online MyJPJ.

Tips untuk Memastikan Proses Pembaharuan Berjalan Lancar

  • Pastikan Maklumat Peribadi Tepat: Sentiasa semak maklumat yang dimasukkan untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses pembaharuan.
  • Periksa Sambungan Internet: Pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil untuk mengelakkan sebarang gangguan semasa proses.
  • Manfaatkan Fungsi Lain dalam Aplikasi: Selain pembaharuan lesen, gunakan juga fungsi perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh MyJPJ untuk kemudahan pengurusan anda.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).