Menu

Selangor ACL2 2024-2025: Jadual Keputusan & Kedudukan Carta

Artikel Carta Bola Sepak Aktif Mengenai Pasukan Selangor FC Dalam Saingan ACL2 2024-2025 Merangkumi Jadual, Keputusan Dan Kedudukan Carta ACL 2 Kumpulan H.

Selangor FC, pasukan bolasepak yang terkenal sejarah kegemilangan mereka tersendiri, sekali lagi mencuri perhatian peminat sukan bola sepak tanah air apabila layak menyertai saingan Liga Juara-Juara Dua AFC 2024-25 atau 2024–25 AFC Champions League Two secara merit. Kelayakan mereka untuk bersaing di peringkat Asia menandakan era baru bagi kelab ini dan mencetuskan harapan tinggi di kalangan penyokong untuk melihat pasukan kesayangan mereka mengharumkan nama Malaysia di pentas tertinggi bola sepak Asia.

Cabaran dan Persiapan Selangor FC ACL 2

Bersaing dalam Liga Juara-Juara Dua AFC bukanlah tanpa cabaran. Selangor FC perlu bersedia dari pelbagai aspek, termasuk pengurusan pasukan, strategi permainan dan juga kemudahan latihan yang mencukupi. Dalam persiapan awal, pihak pengurusan telah merancang sesi latihan intensif dan perlawanan persahabatan untuk memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik. Penambahan beberapa pemain import yang berpengalaman juga diharapkan dapat meningkatkan prestasi dan memberikan khidmat yang lebih berkesan dalam menjayakan misi ini.

Cabaran yang Menanti Selangor FC

Namun, saingan dalam ACL2 bukanlah sesuatu yang mudah. Kelab-kelab dari negara lain mempunyai kekuatan dan sejarah kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Selangor FC perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran, termasuk corak permainan yang berbeza, pemain dengan kemahiran tinggi, serta kondisi cuaca yang mungkin memberikan cabaran tambahan.

Kesilapan kecil boleh menghancurkan harapan, jadi fokus dan disiplin adalah penting dalam setiap perlawanan. Selangor FC perlu belajar dari setiap perlawanan, menjadikan setiap pengalaman sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri.

Format dan Pelaksanaan Liga Juara-Juara Dua AFC 2024-25

Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2) musim 2024/2025 merupakan edisi pertama Liga Juara-Juara Dua AFC, kejohanan bola sepak ACL 2 merupakan peringkat kedua Asia yang baharu dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan membabitkan kelayakan 32 pasukan yang menyertai kejohanan ini.

  • Menampilkan 32 kelab dari Asia yang di bahagi kepada dua kumpulan zon iaitu Asia Timur dan Asia Barat.
  • 32 pasukan dibahagikan kepada 8 kumpulan di mana setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan.
  • Saingan peringkat kumpulan dimainkan secara dua perlawanan tempat sendiri dan lawan.
  • Pasukan Juara dan Naib Juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat pusingan 16 pasukan terbaik.
  • Peringkat kalah mati bermula pusingan 16 dimainkan di tempat sendiri dan lawan. Ini termasuk perlawanan suku akhir dan separuh akhir.
  • Pemenang peringkat separuh akhir mara ke perlawanan akhir di mana bakal menyaksikan pertemuan antara pasukan Asia Timur dan Asia Barat.

Peluang Selangor Pamerkan Kehebatan Dalam ACL2 AFC

Liga Juara-Juara Dua AFC  merupakan platform yang ideal untuk pasukan-pasukan dari Asia Tenggara untuk menunjukkan kehebatan mereka di peringkat Asia. Dengan format yang membolehkan lebih banyak pasukan daripada pelbagai liga setempat untuk terlibat, ia memberi peluang bagi Selangor FC untuk bersaing dengan pasukan yang mungkin sebelum ini dianggap sebagai lawan yang sukar. Persaingan ini bukan sahaja akan menguji kekuatan skuad, tetapi juga memberi pendedahan pengalaman kepada pemain.

Harapan dan Matlamat

Bagi penyokong Selangor FC, harapan untuk melihat pasukan mereka melangkah jauh dalam Liga Juara-Juara Dua AFC adalah nyata. Matlamat utama adalah untuk mencipta sejarah baru bagi kelab ini, dan setidak-tidaknya mara ke pusingan seterusnya. Sunguhpun berdepan dengan cabaran hebat daripada pasukan-pasukan lain, keyakinan dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain diharapkan mampu membawa pulang kemenangan dan pengalaman berharga.

Jadual & Keputusan, Kedudukan Carta Selangor ACL 2 2024-2025

Selangor FC kini di ambang fasa baru dalam sejarah mereka dengan penyertaan dalam Liga Juara-Juara Dua AFC 2024–25. Semua pihak dari pemain hingga penyokong perlu bersatu untuk memastikan visi dan impian menjadi kenyataan. Dengan usaha, komitmen, dan strategi yang tepat, Selangor FC berpeluang untuk mencipta sejarah gemilang dalam bola sepak Asia.

Dalam pada itu, peminat dan penyokong Selangor boleh mendapatkan semua maklumat kejohonan berdasarkan keputusan rasmi serta kedudukan carta dan jadual terkini ACL2 2024/25 dikemaskini pada tarikh atau hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung hanya membabitkan pasukan Selangor FC yang telah diundi berada dalam kumpulan H.

Senarai Pasukan ACL2 2024/25 Kumpulan H

Berikut merupakan senarai 4 pasukan yang berada dalam kumpulah saingan Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2024/25.

Senarai 4 Pasukan Kumpulan ACL2 2024/25
LogoPasukanLogoPasukan
dynamic herb cebuDynamic Herb Cebu FCjeonbuk hyundai motorsJeonbuk Hyundai Motors FC
muangthong unitedMuang Thong United FCselangor fcSelangor FC

Kedudukan Terkini Carta Selangor ACL2 Kumpulan H

Info Kedudukan Terkini Carta ACL 2 Kumpulan H
NoGHPasukanBPMSKJGGBPGMT
1dynamic herb cebuDH Cebu FC000000+00
2jeonbuk hyundai motorsJeonbuk Hyundai000000+00
3muangthong unitedMuang Thong000000+00
4selangor fcSelangor FC000000+00
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan
Perlawanan
MenangSeriKalahJaringan
Gol
Gol
Bolos
Perbezaan
Gol
Mata
Mara Ke Pusingan 16Tersingkir

Jadual Perlawanan Selangor ACL2 2024/25 & Keputusan

Jadual & Keputusan Selangor ACL2 2024/25 Waktu Malaysia
Tarikh MasaTuan RumahKeputusan
(vs)
Pelawat
19 September – Khamis
6:00PMMuang ThongSelangor FC
3 Oktober – Khamis
8:00PMSelangor FCDH Cebu FC
23 Oktober – Rabu
8:00PMSelangor FCJeonbuk Hyundai
7 November – Khamis
6:00PMJeonbuk HyundaiSelangor FC
28 November – Khamis
8:00PMSelangor FCMuang Thong
5 Disember – Khamis
-PMDH Cebu FCSelangor FC

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).