Menu

Semakan Terpilih PLKN 2025 Keputusan Pemilihan Penempatan

Kemaskini Artikel Aktif Mengenai Semakan PLKN 2025 Keputusan Pemilihan Dan Penempatan Merangkumi Maklumat Umur Terpilih, Fasa PLKN 3.0 Serta Butiran Berkaitan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia dengan tujuan untuk membentuk generasi muda yang berketerampilan, berdisiplin dan bertanggungjawab. Program ini memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menjalani latihan asas tentera selama 45 hari di kem-kem PLKN yang disediakan.

PLKN 3.0 Bermula Pertengahan 2025

Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN yang sebelum ini telah dimansuhkan kini dilaksanakan semula selepas diluluskan pada tahun 2023 dengan penambahbaikan modul latihan yang lebih berkesan berbanding sebelumnya. PLKN 3.0 akan bermula pada pertengahan tahun 2025 iaitu pada bulan Jun.

PLKN 3.0 akan dilaksanakan secara berfasa bermula bulan Jun/Julai 2025 dengan konsep dan format baharu iaitu seperti berikut:

Fasa PRA PLKN

  • Melibatkan pelajar tingkatan 4.
  • Dilaksanakan di sekolah ketika Ko-Kurikulum, Modul GenMadani Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Sebagai persiapan jalani khidmat negara selepas usia 17 tahun.

Fasa PLKN Asas

  • Dijangka dilaksanakan bermula April 2026.
  • Melibatkan remaja berumur 17 tahun dan ke atas.
  • Dilaksanakan di 13 kem Askar Wataniah, 20 Universiti Awam dan beberapa Politeknik Terpilih.

plkn 3.0 infografik

Mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Sebagai sebuah program latihan tentera, peserta PLKN akan diberikan pelbagai latihan asas seperti disiplin tentera, kepimpinan, kecergasan fizikal, seni bela diri dan kemahiran bertahan hidup. Selain itu, mereka juga diajar tentang nilai-nilai murni seperti kepantasan, kesetiaan, tanggungjawab dan semangat bekerjasama.

Manfaat terbesar dari PLKN adalah untuk mengasah keupayaan fikiran, fizikal dan emosi peserta. Mereka akan dibentuk menjadi individu yang matang, bertanggungjawab dan mampu berdikari. Program ini juga memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis masyarakat dan menghargai kepelbagaian budaya serta nilai yang ada di Malaysia.

Selain itu, PLKN juga memberi peluang kepada peserta untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain, membina kepercayaan dan toleransi antara pelbagai kaum dan latar belakang. Hal ini membantu dalam pembentukan identiti kebangsaan yang kukuh di kalangan generasi muda.

PLKN Usaha Terbaik Kerajaan

Program Latihan Khidmat Negara adalah satu usaha yang baik oleh Kerajaan Malaysia dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berketerampilan dan bertanggungjawab. Peserta PLKN bakal menjadi individu yang matang dan berkebolehan untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Oleh itu, adalah penting bagi setiap remaja Malaysia untuk mengambil peluang ini dengan serius dan memberikan komitmen sepenuhnya ketika mengikuti program ini.

Semakan PLKN 3.0 Pemilihan Dan Penempatan

Sebagai makluman, setakat artikel ini ditulis sistem semakan status pemilihan dan penempatan pelatih PLKN 3.0 belum lagi dibuka. Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini, kami akan kemaskini sebaik sahaja maklumat teperinci diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).