Mengadakan perjalanan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah adalah satu pengalaman suci yang memerlukan persiapan yang rapi. Senarai barang keperluan atau checklist adalah alat penting untuk memastikan anda tidak terlupa membawa barang-barang penting dalam perjalanan tersebut. Berikut adalah senarai lengkap kelengkapan yang dicadangkan untuk jemaah haji dan umrah. Senarai ini dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu Kelengkapan Jemaah Wanita, Lelaki dan Kelengkapan Am.
Senarai Keperluan untuk Jemaah Haji dan Umrah: Checklist Terbaik untuk Persediaan Anda
Menunaikan haji atau umrah adalah satu pengalaman yang tidak ternilai. Persiapan yang baik dengan senarai barang keperluan yang lengkap akan memastikan perjalanan anda menjadi lebih lancar dan bermakna. Gunakan senarai ini sebagai panduan untuk menyemak barang-barang yang perlu dibawa dan pastikan anda tidak terlepas walau satu pun barang penting. Selamat menunaikan ibadah, semoga perjalanan ini diberkati dan dipermudahkan.
Kelengkapan Jemaah Wanita
- Telekung Solat: 2 helai labuh biasa + 2 helai mini telekung (tanpa kain) atau mini telekung berlengan.
- Jubah Labuh atau Jubah Seluar: (Warna hitam, putih, atau warna lain). Sediakan jubah dari kain como crepe atau cotton yang tebal.
- Tudung Labuh Berdagu: 2 helai, untuk digunakan semasa solat.
- Sarung Lengan: 4 helai untuk menutup bahagian lengan.
- Stokin: 7 pasang, disarankan 2 adalah mesra wudhu dan 5 stokin biasa.
- Kasut Tawaf / Sa’i: 1 pasang, atau boleh juga menggunakan stokin tebal.
- Pakaian Tidur: 2 helai T-shirt atau kaftan.
- Kain Batik: 2 helai, berguna sebagai selimut atau basahan di Mina dan Arafah.
- Kasut/Sandal & Selipar: 2 pasang, pilih yang selesa dan tidak mahal.
- Pakaian Dalam Pakai Buang: Sediakan mengikut keperluan.
Kelengkapan Jemaah Lelaki
- Kain Ihram: 2 pasang, untuk mengerjakan ibadah Haji.
- Tali Pinggang Haji: penting untuk memastikan kain ihram tidak terlepas.
- Baju Melayu atau Kurta: boleh digunakan untuk solat dan aktiviti harian.
- Kopiah: untuk menutup kepala.
- Kain Pelikat Tak Berjahit: 2 helai, untuk kegunaan harian.
- Baju Pagoda: 2 helai, untuk keselesaan di waktu santai.
- Selipar Tak Bertutup Ibu Jari: 1 pasang, sesuai untuk kegunaan harian.
Kelengkapan Am
- Beg Kargo: 1 (saiz 29 atau 30).
- Beg Pack: 1 beg kecil untuk kemudahan bergerak.
- Set Kunci: Kemudahan untuk mengunci beg dan barang berharga.
- Ubat-Ubatan: Bawa ubatan harian dan ubatan asas seperti ubat batuk, selsema, dan demam.
- Duit Tunai: Sediakan dalam bentuk Riyal dan RM untuk keperluan segera.
- Tuala Mandi: 2 helai tuala microfiber yang mudah dibawa.
- Botol Spray Wudhu: 2 (terutama bila akses kepada air terhad).
- Bantal Kecil / Bantal Angin: Berguna ketika dalam perjalanan jauh ke Arafah dan Mina.
- Toiletries: Sabun, syampu, berus gigi dalam saiz kecil.
- Makanan Ringan: Bawa beberapa makanan seperti mi segera dan sambal kering untuk kegemaran peribadi.
Persediaan Penting Lain Sebelum Berangkat
- Dokumen Penting: Pastikan pasport, buku kesihatan Tabung Haji, surat penerbangan, dan dokumen lain berada dalam keadaan siap sedia.
- Kelengkapan Elektronik: Jangan lupa bawa charger telefon, power bank, dan penyesuai antarabangsa.
- Aplikasi Permohonan: Install aplikasi yang berkaitan dengan haji dan umrah serta aplikasi berkaitan Quran untuk kemudahan beribadah di sana.