Menu

Siaran Langsung Sukan Paralimpik 2024 Jadual Atlet Malaysia

Artikel Kategori Sukan Aktif Mengenai Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Sukan Paralimpik 2024 Meliputi Jadual Harian Acara Sukan Atlet Malaysia.

Sukan Paralimpik atau paralympic games adalah pentas terbesar untuk atlet-atlet kelainan upaya. Di setiap edisi, temasya ini bukan sahaja menjadi satu arena pertandingan, tetapi juga simbol keberanian, semangat juang dan inspirasi bagi seluruh dunia. Tahun 2024, Paris menjadi tuan rumah Sukan Paralimpik edisi ke-17, dan sudah pasti, Malaysia akan hadir dengan harapan tinggi.

Malaysia di Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024: Harapan dan Inspirasi

Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bukan sekadar tentang pingat dan kejayaan. Ia adalah tentang misi untuk memecah stigma dan memberi suara kepada mereka yang kurang bernasib baik. Atlet-atlet paralimpik Malaysia menggalas harapan bukan sahaja untuk diri mereka, tetapi juga bagi seluruh rakyat yang percaya kepada kekuatan dan semangat luar biasa mereka.

Dengan pelbagai persediaan yang telah dilakukan dan sokongan dari semua lapisan masyarakat, peluang untuk Malaysia menjulang kejayaan di Paris 2024 semakin cerah. Di saat kita bersatu untuk menyokong atlet-atlet ini, mari kita semua menjadi inspirasi dan mewujudkan dunia yang lebih inklusif bagi mereka yang berjuang di arena ini.

Sejarah Kejayaan Malaysia di Sukan Paralimpik

Malaysia telah mencatatkan kejayaan yang membanggakan di temasya Sukan Paralimpik sebelum ini. Sejak pertama kali menyertai temasya ini pada tahun 1972 di Heidelberg, Jerman, atlet-atlet paralimpik Malaysia telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan. Dengan fokus kepada sukan tertentu seperti badminton, renang, dan olahraga, Malaysia telah meraih pelbagai pingat, meletakkan negara ini di peta sukan dunia.

Pencapaian terbaik Malaysia adalah pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo Japan, di mana negara ini membawa pulang 5 pingat iaitu 3 pingat emas dan 2 pingat perak. Pencapaian tersebut tidak hanya mengangkat nama negara, tetapi juga memberi semangat kepada generasi muda untuk mengejar cita-cita walau dalam keadaan yang serba mencabar.

Persediaan Atlet Paralimpik Malaysia Menuju Paris 2024

Pelbagai inisiatif sudah diambil untuk memastikan atlet Malaysia bersedia untuk bersaing dalam temasya sukan Paralimpik Paris 2024. Pihak Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia telah menjalankan program latihan dan penyediaan yang holistik, termasuk pemilihan jurulatih yang berpengalaman serta kemudahan latihan terbaik.

Kekuatan dan Cabaran Atlet Paralimpik Malaysia

Malaysia meletakkan harapan kepada atlet Abdul Latif Romly (Lompat Jauh), Bonnie Bunyau Gustin (Powerlifting), Cheah Liek Hou (Badminton) dan Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru) bagi menghadiahkan pingat emas. Mereka bukan sahaja berjuang untuk negara, tetapi juga menjadi inspirasi bagi mereka yang mengalami kekurangan, membuktikan bahawa dengan usaha dan ketekunan, apa jua impian mampu dicapai.

Namun, cabaran juga tidak boleh diabaikan. Pertandingan di peringkat antarabangsa sentiasa meningkat dengan ramai atlet dari pelbagai negara menunjukkan prestasi cemerlang. Walau bagaimanapun, atlet Malaysia telah dilatih untuk mengatasi tekanan dan cabaran ini dengan matlamat untuk mengejar kejayaan dan mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia.

Senarai Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Paris 2024

senarai lengkap atlet paralimpik malaysia 2024

Seramai 30 atlet paralimpik berjaya melayakkan diri secara merit membawa cabaran Malaysia di temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mewakili lapan jenis sukan merangkumi 30 acara masing-masing iaitu Badminton, Boccia, Lumba Basikal, Memanah, Olahraga, Powerlifting, Renang Dan Tenis Kerusi Roda.

Senarai Penuh Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Paris 2024
SukanAtletAcara / Kategori
BadmintonMuhammad Ikhwan RamliPerseorangan lelaki WH1 & Beregu lelaki WH1–2
Noor Azwan Noorlan
Mohd Amin BurhanuddinPerseorangan lelaki SL4
Cheah Liek HouPerseorangan lelaki SU5
Muhammad Fareez Anuar
BocciaAbdul Razzaq Abdul RahmanIndividu BC4 lelaki
Lee Chee HongIndividu BC2 lelaki
Noor Askuzaimey Mat SalimIndividu BC4 wanita / Campuran
Abdul Razzaq Abdul RahmanBerpasukan BC4 campuran
Lumba BasikalMohamad Yusof Hafizi ShaharuddinLebuhraya & Trek
Muhammad Adi Raimie Amizazahan
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
Nur Suraiya Muhammad Zamri
MemanahDaneshen Govinda RajanCompound lelaki individu terbuka & Compound berpasukan campuran
Suresh SelvathambyRecurve lelaki individu terbuka & Compound berpasukan campuran
Nur Jannaton Abdul JalilCompound wanita individu terbuka & Compound berpasukan campuran
OlahragaEddy Bernard100m T44
Ammar Aiman Nor Azmi400m T20
Wong Kar GeeLompat jauh T12
Abdul Latif RomlyLompat jauh T20
Muhammad Nazmi NasriLompat jauh T37
Muhammad Ziyad ZolkefliLontar peluru F20
PowerliftingBonnie Bunyau Gustin72kg lelaki
Nicodemus Manggoi Moses97kg lelaki
Jong Yee Khie107kg lelaki
RenangMuhammad Nur Syaiful Zulkafli50m gaya bebas S5
100m gaya bebas S5
200m gaya bebas S5
100 m kuak dada SB4
Imaan Aiman Redzuan100 m kuak lentang S14
Tenis Kerusi RodaAbu Samah BorhanPerseorangan lelaki & Beregu Lelaki
Yusshazwan Yusoff

Info Dan Tarikh Sukan Paralimpik Paris 2024

Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 merupakan edisi ke-17 akan membuka tirai persaingan bermula pada 28 Ogos hingga 8 September 2024 dengan membabitkan 549 acara dalam 22 jenis sukan yang dipertandingkan.

Jadual Siaran Langsung Sukan Paralimpik Paris 2024 Live Atlet Malaysia

Peminat sukan di tanah air boleh mendapatkan semua maklumat jadual siaran langsung mahupun live streaming sukan Paralimpik Paris 2024 membabitkan atlet Malaysia yang bakal disiarkan melalui stesen penyiaran di Malaysia antaranya RTM dan Astro.

Pautan Live Streaming Sukan Paralimpik Paris 2024

  • https://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm

Jadual Acara Sukan Atlet Malaysia Sukan Paralimpik Paris 2024

Berikut merupakan jadual harian penuh acara sukan yang membabitkan atlet Malaysia di Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.

Jadual Akhir Atlet Malaysia Hari Ini (8 September 2024, Ahad) Sukan Paralimpik Paris 2024 Waktu Malaysia
MasaSukanAcara PeringkatAtlet
12:30AMPowerliftingMen’s 97kg
Final (Medal)
Nicodemus Manggoi Moses
3:00PMMen’s 107kg
Final (Medal)
Jong Yee Khie
1:20AMOlahragaMen’s long jump T20
Final (Medal)
Abdul Latif Romly

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).