Menu

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2025: Niat, Cara & Panduan

Artikel Kategori Agama Aktif Mengenai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2025: Niat, Cara Dan Panduan JAKIM. Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri Dengan Betul.

Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang penuh dengan keceriaan bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia bukan hanya menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga merupakan waktu untuk mempererat silaturrahim, mengucapkan rasa syukur kepada Allah, dan meraikan kejayaan dalam menunaikan ibadah puasa. Selain melaksanakan tradisi berhari raya, solat sunat Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu sunnah yang sangat dianjurkan. Dalam artikel ini, Editorial kami berkongsikan panduan dan cara untuk melaksanakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dengan betul berdasarkan maklumat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Solat sunat Hari Raya Aidilfitri adalah lambang kecintaan kita kepada agama dan tanggungjawab sebagai umat Islam. Dalam suasana penuh kegembiraan, marilah kita tingkatkan ibadah kita dengan melaksanakan solat ini secara sempurna. Semoga dengan pelaksanaan solat ini, kita dapat bersama-sama meraikan Hari Raya dengan penuh keberkatan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Kelebihan Solat Sunat Hari Raya

Sebelum kita melangkah ke panduan dan cara melakukan solat sunat ini, marilah kita ketahui beberapa kelebihan solat sunat Hari Raya Aidilfitri;

  • Menunjukkan Kesyukuran: Solat ini adalah cara kita menunjukkan rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan, terutamanya kerana mengizinkan kita menunaikan ibadah puasa Ramadan.
  • Menjamin Kesejahteraan Ummah: Dengan melakukan solat secara berjemaah, ia menjadikan kita lebih dekat dan bersatu, serta mempereratkan hubungan antara satu sama lain.
  • Pahala Berganda: Solat sunat Hari Raya ini membawa ganjaran yang besar di sisi Allah, lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan niat yang ikhlas.

Persiapan Sebelum Solat

  • Membersihkan Diri: Pastikan anda berwudhu sebelum pergi ke masjid atau tempat solat. Dalam Islam, kesucian adalah salah satu syarat untuk melaksanakan solat.
  • Berpakaian Sopan: Kenakan pakaian yang bersih dan cantik. Hari Raya adalah masa untuk menunjukkan rasa hormat dan kesyukuran kepada Allah, jadi penampilan yang rapi adalah penting.
  • Membayar Zakat Fitrah: Sebelum melaksanakan solat, adalah wajib untuk membayar zakat fitrah (jika belum). Ini menggambarkan kepedulian kita terhadap golongan yang memerlukan.

Takbir Raya

takbir raya

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri

نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى

  • Bahasa Arab: Nawaitul Ghusla Li i’dil fitri Sunnatallilahi Ta’ala
  • Bahasa Rumi: Sahaja Aku Mandi Sunat Aidil Fitri Kerana Allah Ta’ala

niat mandi raya aidilfitri

Tata Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Berikut adalah langkah-langkah dalam melaksanakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri;

Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Niat adalah perkara utama dalam setiap ibadah. Lafaz niat solat sunat Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut;

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

  • Bahasa Arab: Usalli Sunnatan LiAidil Fitri Rak’ataini Makmuman Lillahi Ta’ala
  • Bahasa Rumi: Sahaja Aku sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri Dua Rakaat Makmum Kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat ini dimulakan dalam hati dan tidak perlu diucapkan dengan suara.

Rakaat Pertama

  1. Dimulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
  2. Membaca doa iftitah
  3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar (سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر)
  4. Membaca surah al- Fatihah
  5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat Kedua

  1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
  2. Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar (سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر)
  3. Membaca surah al- Fatihah
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  6. Memberi salam

jakim solat sunat hari raya aidilfitri

Khutbah Hari Raya

Selepas solat sunat, biasanya terdapat khutbah Hari Raya yang disampaikan oleh imam. Dalam khutbah ini, imam akan mengingatkan jemaah tentang kepentingan menghayati semangat Hari Raya, ziarah menziarahi, serta mempereratkan ukhuwah Islamiah.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).