Menu

Tanda-Tanda Anak Autisme: Pengenalan Awal dan Tindakan

Artikel Kategori Informasi Aktif Mengenai Tanda-Tanda Anak Autisme: Pengenalan Awal Dan Tindakan. Autisme Adalah Gangguan Spektrum Autis, Fungsi Otak Dan Saraf.

Autisme, juga dikenali sebagai Autism spectrum disorder (ASD) adalah suatu keadaan perkembangan yang mempengaruhi cara individu berinteraksi, berkomunikasi dan berperilaku. Di Malaysia, kesedaran mengenai autisme semakin meningkat, namun masih ramai ibu bapa yang kurang memahami tanda-tanda awalnya. Pasukan Editorial kami menerbitkan artikel adalah bertujuan untuk memberikan panduan yang berguna mengenai tanda-tanda anak autisme, agar pemahaman dan tindakan dapat diambil seawal mungkin.

Apa itu Autisme?

Autisme adalah gangguan spektrum autis, kelainan fungsi otak dan saraf yang cukup kompleks sehingga mempengaruhi perilaku serta proses berfikir. Setiap individu dengan autisme mungkin menunjukkan tanda-tanda yang berbeza dan pengenalan awal dapat membantu dalam mendapatkan sokongan dan pendidikan yang sesuai.

Tanda-tanda Awal Anak Autisme

Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang mungkin menunjukkan bahawa seorang anak sedang mengalami autisme;

Kesukaran dalam Komunikasi Verbal dan Non-Verbal

  • Anak autisme mungkin tidak mampu menyebut kata-kata asas pada usia yang sesuai atau menunjukkan kesukaran dalam memahami arahan.
  • Mereka juga mungkin tidak menggunakan isyarat tubuh, seperti mengangguk, melambai atau menunjukkan objek yang menarik perhatian.

Kurangnya Interaksi Sosial

  • Anak dengan autisme mungkin tidak menunjukkan minat untuk bermain dengan anak-anak lain atau mereka mungkin lebih memilih untuk bermain sendiri.
  • Mereka juga mungkin tidak menikmati permainan yang melibatkan interaksi sosial.

Sikap Berulang dan Tingkah Laku Stereotaip

  • Tanda-tanda ini termasuk pergerakan berulang seperti menghayunkan badan, menggoyangkan tangan, atau mengulangi frasa yang sama.
  • Kanak-kanak ini mungkin mempunyai rutin yang ketat dan menunjukkan reaksi yang kuat terhadap perubahan dalam rutin mereka.

Kekurangan Respons terhadap Nama

  • Anak autisme mungkin tidak menjawab apabila dipanggil dengan nama mereka atau mereka mungkin tidak menunjukkan reaksi kepada orang di sekeliling mereka.

Kecenderungan untuk Memfokus pada Objek Tertentu

Anak mungkin menunjukkan minat yang mendalam terhadap objek tertentu, seperti roda kenderaan dan hanya menumpukan pada minat tersebut untuk waktu yang lama sehingga mengabaikan perkara lain di sekelilingnya.

Ringkasan Ciri-Ciri Umum Anak Autisme

  1. Lambat bercakap
  2. Mengelak bertentang mata ketika berbual dan gemar berseorangan
  3. Suka mengulang sesuatu perkataan atau ayat
  4. Memberi jawapan berbeza daripada soalan yang diajukan
  5. Tidak memberi reaksi ketika nama dipanggil pada umur 12 bulan
  6. Tidak menunjuk minat (dengan menunjuk terhadap sesuatu objek itu) pada umur 14 bulan
  7. Tidak minat bermain olok-olok pada umur 18 bulan
  8. Sukar untuk memahami perasaan orang lain atau meluahkan perasaan sendiri
  9. Perubahan terhadap persekitaran akan menyebabkan mereka cepat marah
  10. Taksub terhadap sesuatu perkara
  11. Menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya terhadap satu rangsangan
  12. Sering melakukan perbuatan berulang yakni seakan-akan mengepak tangan, menggoncang badan atau berpusing dalam bulatan
  13. Tiada isyarat badan
  14. Bercakap dalam tona yang rata, seperti robot atau menyanyi
  15. Tidak memahami gurauan atau sindiran
  16. Minat dan kelakuan yang aneh
  17. Sering mengamuk
  18. Tabiat makan dan tidur yang aneh
  19. Terlebih aktif (Hyperactivity)
  20. Panas baran
  21. Bertindak melulu
  22. Sukar untuk fokus
  23. Cenderung untuk mencederakan diri sendiri
  24. Mood yang tidak normal dan sering kali tidak stabil
  25. Terlalu takut atau tidak mempunyai perasaan takut
  26. Reaksi yang keterlaluan atau tidak sesuai

Bila Perlu Berunding dengan Pakar?

Jika anda perhatikan tanda-tanda yang telah disebutkan di atas pada anak anda, adalah penting untuk mendapatkan pandangan dari pakar. Perundingan dengan pakar pediatrik, psikologi kanak-kanak, atau pakar terapi perkembangan boleh membantu dalam mendapatkan diagnosis yang tepat dan merancang langkah-langkah intervensi yang sesuai.

Mengambil Tindakan

Walaupun mengharungi diagnosis autisme boleh menjadi cabaran, terdapat pelbagai sumber dan sokongan yang boleh membantu. Program intervensi awal seperti terapi tingkah laku, terapi pertuturan, dan pendidikan khas dapat memberikan manfaat yang besar kepada anak-anak autisme.

Kesedaran dan Penerimaan

Sebagai masyarakat, adalah penting untuk kita meningkatkan kesedaran dan penerimaan terhadap autisme. Dengan pendidikan yang tepat dan sikap terbuka, kita dapat memberikan sokongan yang diperlukan untuk individu autisme dan keluarga mereka. Membentuk persekitaran yang inklusif akan memberi peluang kepada mereka untuk berkembang dan berinteraksi dengan lebih baik dalam masyarakat.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).