Menu

Tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri 2025 Malaysia Live Pengumuman

Kemaskini Artikel Aktif Mengenai Tarikh Hari Raya Aidilfitri Atau Hari Raya Puasa 2025 Di Malaysia Serta Pengumuman Live Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu hari yang paling dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Hari raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa dirayakan setiap tahun selepas menjalani sepenuhnya ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025

Tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia biasanya diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebaik sahaja mencapai keputusan pada malam mencerap anak bulan Syawal di 29 lokasi mencerap seluruh negeri oleh Majlis Agama Islam negeri dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penentuan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Proses menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri melibatkan panel pakar falak Malaysia yang akan melakukan cerapan terhadap anak bulan Syawal selepas terbenam matahari pada malam 29 Ramadan. Sekiranya anak bulan Syawal kelihatan, maka esok hari akan diumumkan sebagai Hari Raya Aidilfitri.

Apabila tarikh Hari Raya Aidilfitri telah ditentukan, umat Islam di Malaysia akan bersiap sedia untuk meraikan hari yang penuh kegembiraan ini. Mereka akan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid-masjid dan surau, serta melaksanakan tradisi ziarah menziarahi keluarga dan saudara mara.

Hari Raya Puasa Merupakan Perayaan Penting Umat Islam

Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa merupakan perayaan penting bagi umat Islam di Malaysia. Seraya merayakan kemenangan setelah berpuasa sebulan penuh, ia juga menjadi masa yang sesuai untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan menjalani tradisi kekeluargaan. Semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Malaysia akan menjadi lebih bermakna dan memberi kebahagiaan kepada semua umat Islam. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2025 Di Malaysia

Seluruh umat Islam di Malaysia boleh mengetahui tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 2025 bersamaan 1446 Hijrah dengan merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Berdasarkan penelitian dan rujukan terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam tersebut, kami mendapati bahawa tarikh hari raya Aidilfitri  atau hari raya puasa bagi tahun 2025 bagi Malaysia jatuh pada hari Isnin, 31 Mac 2025 bersamaan 1 Syawal 1446 Hijrah.

Info Tarikh Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini (2025) Di Malaysia
HijrahMasihi
1 Syawal 144631 Mac 2025
Tarikh Hari Raya Aidilfitri yang dinyatakan adalah berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam sepertimana yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak JAKIM. Tarikh rasmi adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Pengumuman Dan Pengisytiharan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025

Sebagai makluman, tarikh hari raya puasa tahun 2025 di Malaysia akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Syawal 1446 Hijrah yang diadakan di 29 lokasi mencerap seluruh negeri.

Ringkasan Laporan Pengisytiharan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025
Teks Laporan
Akan dikemaskini
Video Pengumuman
Akan dikemaskini
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2025 Masihi (1446-1447 Hijriah)
Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 144627 Januari 2025Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1446 (*)2 Mac 2025Awal Ramadhan
17 Ramadan 144618 Mac 2025Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1446 (*)31 Mac 2025Hari Raya Aidilfitri
1 Zulhijjah 144629 Mei 2025Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1446 (*)7 Jun 2025Hari Raya Aidiladha
1 Muharam 144727 Jun 2025Awal Muharam
12 Rabiulawal 14475 September 2025Maulidur Rasul
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Share Artikel

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial

Pasukan Editorial Yang Bertindak Selaku Penulis Info, Penyunting Artikel Dan Kemaskini Kandungan Artikel Di Portal InfoActiveHub (IAH).