Inisiatif untuk membenarkan pemegang lesen motosikal kelas B1 dan B2 dengan pengalaman 10 tahun atau lebih untuk memohon lesen B penuh adalah satu langkah positif ke arah mempromosikan keselamatan dan kemahiran pemanduan di jalan raya Malaysia. Ia bukan sahaja membuka jalan kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, tetapi juga meningkatkan keselamatan dalam komuniti pemandu.
Permohonan Upgrade Lesen Motosikal B1, B2 Ke B Penuh (Full)
Menunggang motosikal bukan sekadar suatu hobi, tetapi juga satu gaya hidup bagi sesetengah individu. Di Malaysia, lesen motosikal dibahagikan kepada beberapa kategori, di mana B2 (Tidak Melebihi 250cc) merupakan antara yang paling umum. Bagi mereka yang sudah mempunyai lesen B2 langkah untuk memohon upgrade ke lesen B penuh adalah suatu pencapaian yang tidak hanya memperluas kebebasan menunggang jentera berkuasa tinggi, tetapi juga meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia telah melancarkan program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh (Semua Kuasa Motosikal), bermula pada 1 Oktober 2024. Bagaimanapun program peralihan lesen ini hanya layak kepada Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama 10 tahun dan ke atas.
Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat dan kriteria sepertimana yang telah ditetapkan, antaranya menghadiri dan perlu lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di Institut Memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160.
Syarat Permohonan Upgrade Lesen B1, B2 Ke B (Full)
- Pemegang Lesen Memandu Malaysia kelas B1 & B2 secara aktif minimum 10 tahun.
- Hadir dan lulus program khas peralihan dengan yuran sebanyak RM160 bagi menampung kos operasi di institut memandu.
- Hadir latihan litar selama 2 jam.
- Lulus penyesuaian kenderaan melibatkan amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan pengoperasian motosikal berkuasa besar.
- Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta333).
Kelebihan Mempunyai Lesen B Full
Mempunyai lesen motosikal B penuh (Full) memberi penunggang kebebasan untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi namun ia juga membawa penunggang kepada tanggungjawab besar di atas jalan raya.
Bagi mereka yang bercita-cita untuk mendapatkan lesen ini, ingatlah bahawa setiap langkah yang diambil adalah untuk melindungi diri sendiri dan orang lain. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang tepat, penunggang tidak hanya akan menjadi pengguna jalan raya yang lebih baik, tetapi juga akan menggalakkan budaya penunggang yang lebih berhemah di Malaysia.
Keselamatan Diri dan Orang Lain
Pemegang lesen B Full akan melalui latihan yang mencukupi tentang cara mengendalikan motosikal berkuasa besar. Mereka dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berhadapan dengan situasi di jalan raya. Dengan pemahaman yang mendalam tentang undang-undang jalan raya dan etika penunggang, pemilik lesen ini dapat mengurangkan risiko kemalangan.
Menjamin Kelancaran Pergerakan
Dalam situasi bandar yang padat, motosikal sering kali memberikan kelebihan dari segi kelancaran pergerakan. Dengan memiliki lesen B Full, penunggang dapat menggunakan pelbagai jenis motosikal yang lebih berkuasa, yang boleh membawa mereka dengan cepat dan efisien ke destinasi mereka.
Pilihan Menunggang yang Lebih Luas
Dengan lesen B Full, penunggang diberi kebebasan untuk memilih motosikal yang sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.